Friday, April 29, 2011

Exam : Last day! Whoa.

Alhamdulillah. Habis sudah.

Exam kali ney memang betul-betul tough. Sekarang hanya berdoa semoga dibukakan hati pensyarah untuk menanda kertas dengan murah hatinye. Dan semoga mendapat result yang terbang dengan berwarna-warni. Amin. =]

p/s : Sape-sape yang duduk di sekitar Kuantan, 
moh kite ke Jom Heboh kat padang MPK 2 hujung minggu ni. 
First time aku terlibat sekali dengan warga tv3 untuk jayakan Jom Heboh. 
Neves neves. Haha.

Wednesday, April 27, 2011

exam : 3rd day; Hey, penjahat!

Hari ney tak boleh nak hurray. Hari ney nak sob sob.

Satu soalan gedebuk 25 markah. Masalahnya bukan satu soalan. Banyak soalan pulak tuu. Dua-dua paper gitu. Dah tuu nak cakap ape. Aku pun tak tahu ape masalah soalan tuu yang tamo beranak. Mandul ke hape. Grrr.

Subhanallah exam kali ni memang sangat sangat tough. Dah la subjek-subjek mantap. Boleh pulak die susun berderet. Hari ney dua paper. Dalam masa sehari pulak tuu. Gilo. Aku lagi rela balik lambat sehari dua asal tak menempuhi exam yang berderet macam ni lagi. Sumpah serik.

Oke, otak aku sangat penat sebenarnye. Benda-benda kecik pun rase macam malas nak pikir. Huh!

p/s: Go go power rangers! Haha. Kepala dah ting tong. 
Sabar-sabar.
 Esok dah last paper. Yuhuuu!

Tuesday, April 26, 2011

exam : 2nd day and still counting.

Oke, hurray lagi. Haha.

Tadi, dah habis lagi satu paper. Sem ni sangat mencabar sebab paper berturut-turut.Yang penting numerical tadi memang sangat-sangat banyak. Dah tuu iteration jer kerjanya. Bile nak habis. Memang makan masa lama dan menguji skill menekan-nekan kalkulator. 

Masa exam, tekak aku sangat tak selesa. Sebabnya masa breakfast, tengah duk cicah-cicah biskut, biasa laa kan serbuk jatuh dalam air. Pastu, bile nak habiskan air, serbuk pulak terlekat kat tekak. Betul kata Zack keadaan tuu memang sangat annoying. Sampai dalam exam hall aku tahan. Aku memang bawak air mineral tapi, kalau minum nanti takut nak terkucil pulak. Tak sempat pulak kang nak iterate numerical yang panjang berjela tuu.

Padahal memang tak sempat pun tadi. Grrr.

p/s : Wah, esok dua paperlah. Mass and heat transfer.
So, kena lebih tekun lah malam ni. Mesti mesti! 

Monday, April 25, 2011

exam : 1st day

Hurray.
Alhamdulillah da abis satu paper. Ethnic Relations.
Yang penting, sayang madam Munira ketat-ketat. =]

p/s: mesti usaha untuk paper esok pulak. Subjek
numerical methods n optimization. Gambatte!

Friday, April 22, 2011

Semangat semangat!!

Sumpah rindu dengan segala terms biology. Dulu masa kat matrik, memang aku dah fall in love dengan bio. Even mase kat sekolah dulu aku suam-suam kuku kambing jer dengan die. Macam orang pulakkan main die die. Haha.

Mase matrik, kalau kelas bio jer mesti excited giler. Pastu kalau kat bilik, asal boring jer mesti nak bukak buku bio.Aku ngan Campbell pun da macam best friend.Kalau malas bace sekalipun, mesti aku akan bukak untuk belek-belek gambar.Asal nak tido jer cari nota bio. Sebab itulah bed time story aku.Bila bangun jer habis kelepet nota tuu. Takpe, nampak macam bace siket. Haha.

Tapi sayangnye jodoh aku dengan die tak panjang. Memang betul-betul sampai matrik jer. Bila masuk universiti, kos yang aku dapat memang betul-betul menyimpang. Tapi, salah aku jugak kot. Sape suruh isi first choice. Tapi, manalah nak tahu akan dapat betul-betul. Sob sob.

Memang amik masa jugak kot nak adapt dengan Chemical Engineering ni. Sumpah, aku cakap kalau adik-adik yang nak mintak kos ni sila fikir empat puluh lima juta kali yepp! Kena bersedia dari segi mental dan fizikal.Kalau setakat dapat markah macam orang tak belajar pun dah tak rasa ape. Paling-paling pun nangis jela. Sob sob.

Tapi, pensyarahlah yang banyak bagi suntikan semangat.Kebanyakkan pensyarah kat sini adalah bekas orang industri yang pernah berkecimpung dalam bidang ni. Bila dengar cerita dan pengalaman mereka, memang sangat-sangat seronok.Memang terasa nak pergi nak rasa sendiri pengalaman kerja kat industri. Yang aku tahu mesti letih.

Baru-baru ni kes tsunami dan nuklear di Jepun telah betul-betul buat jantung aku tersentap. Boleh di katakan bahawa setiap hari aku akan follow kes tuu. Kes pembinaan kilang rare earth kat Gebeng pun aku dah mula amik tahu. Mungkin aku da terasa yang aku perlu amek peduli semua itu sebab suatu hari nanti, itulah tanggungjawab aku. Dan setiap hari, aku dah makin suka dan hargai dengan apa yang aku belajar selama ni, even markah test still lagi HAMPEH!. -_-"

Doakan aku yer kawan-kawan. 
Dan semoga impian kite semua pun akan tercapai. Amin.

p/s: luahan rasa lepas tengok markah heat transfer tadi. sedih kot! 

                        

Saturday, April 16, 2011

ini kisah mereka..

Oke, ni cerita semalam. Tapi, baru nak buat entry. Gasaklah! Haha.

Semalam, 16/4 genaplah sudah 21 tahun umur anak Pak cik Ali. Yayy! Dah besar rupenya. Nak kawen pun dah boleh tuh. Keh keh keh.

tengok, sampai 2 pinggan sekali makan!
Haha.

Pape pun semoga As Eleyana Ali akan terus di rahmati Allah dan di murahkan rezeki. Dan moga-moga nanti akan cepat cepat dapat jodoh seperti yang di harapkan dalam entry ni. Dah tak sabar nak jadi pengapit As ni. Haha. Jangan marah naa. Nanti kenaa jual. Kui kui kui. 

************************************************

Sebelah malamnya pula, tiba-tiba ada budak tecik yang tomel datang bilek.Nama tiye Erin. Oke, tomel tiler nak mati tott. Hahaha. Maklumlah aura Erin duk melekat lagi. Sebab tuu lah pelat dengan tiba-tiba. Haha. *rolling eyes*.

Tapi kan, yang sadisnya dia tak nak kat aku. Sob sob. Bila datang dekat jer terus nangis. Sedih mak noks. Sebab dia tak biasa dengan orang yang dia tak kenal. Pastu nanti bila dia dah senyap, dia ttteeenggook jer aku. Semua pergerakan aku dia duk usha. Tengok tak kelip-kelip kot. Nak goda i lah tuu. Haha.

Bila Erin dah tidur, baru berani datang dekat. Sebelum tuu, bukan main sombong tak nak kat acik ea. Tapi bila dah tidur, duk genggam tangan acik jugak. Comellah Erin ni.^^


p/s: Adoila, bila nak dapat anak sedara neyh.
lambatnye lambatnye..

Wednesday, April 13, 2011

Alfred Nobel

Nobel merupakan salah seorang ahli kimia dan jurutera yang sangat terkenal dengan kehebatan dan kemantapan beliau dalam banyak bidang. Pada suatu hari, tanpa diduga beliau telah berjaya mencipta satu bahan letupan yang sangat stabil iaitu dynamite.Tuu pun lepas ntah berapa ribu kali ntah dia gagal!. Hebatkan beliau sebab sebelum tuu, memang tiada seorang pun ahli kimia yang berjaya menstabilkan bahan letupan. Mesti akan meletup dulu sebelum sempat buat apa-apa. Pastu masing-masing legam jer. Haha.


Penciptaan dynamite ni telah berjaya menarik banyak pihak untuk membelinya. Walaupun banyak harta benda serta nyawa yang terkorban di sebabkan oleh ciptaannya ini, beliau berasa sangat bangga. Takde rasa bersalah kot! Sebab alat yang dia cipta, di gunakan di seluruh dunia. Duit pun masyuk beb. Lepas satu-satu cawangan yang dia bukak kat seluruh dunia sehinggakan beliau mampu bertutur dalam 6 bahasa.



Entah macam mana pada suatu hari, hati beliau yang kental dan keras itu akhirnya berjaya di cairkan oleh setiausaha beliau sendiri iaitu Bertha walaupun Bertha sekejap jer jadi setiausaha pembantu rumah beliau.


Malangnya, Bertha dah ada pakwa lain yang lagi hensem dari beliau. Rambut pun lagi banyak! Keh keh keh. Sebenarnya Bertha merupakan wanita kedua yang pernah beliau cintai. Selepas frust menonggeng dengan Bertha, beliau jumpa lagi dengan awek laen. Tapi dalam hati, dia tetap engat kat Bertha.


Mungkinlah kan Bertha tak nak terima Nobel sebab Bertha merupakan salah seorang aktivis yang cintakan keamanan. Nobel pulak orang yang buat senjata. So, memang kontra lah kan. Bertha ni memang aktif buat ceramah ke sana ke mari perjuangkan keamanan dan memerangi peperangan serta keganasan. Sampaikan pernah suatu ketika, disebabkan nak tengok Bertha sangat-sangat Nobel pernah menyamar sebagai orang biasa dan turut hadir dalam ceramah keamanan Bertha.


Melalui siri-siri ceramah Bertha, Nobel memang betu-betul sedar betapa beliau sebenarnya kejam giler nak mati. Tak pernah nak fikirkan banyak nyawa yang terkorban sebab bahan ciptaan dari tangan beliau sendiri. Dari situ, dia dah mula insaf dan akan cuba hentikan segala peperangan.


Akhirnya sebelum meninggal dunia akibat strok, beliau sempat berwasiat untuk menjadikan keseluruhan hartanya yang tak putus-putus itu sebagai penghargaan ataupun anugerah kepada sesiapa sahaja yang banyak memberi sumbangan dalam bidang sains fizikal, bidang kimia,bidang sains perubatan dan fisiologi, bidang kesusasteraan dan mereka yang memperjuangkan keamanan di seluruh dunia.

Dikatakan sebab Berthalah, beliau nak bagi anugerah untuk bidang keamanan tu dan Bertha memang salah seorang penerima Anugerah Nobel. Anugerah yang diambil sempena nama beliau iaitu ALFRED NOBEL. Dan sampai sekarang anugerah ini merupakan satu anugerah yang memang sangat-sangat tinggi nilainya di seluruh dunia.

Alfred Nobel yang sebenar..

p/s: sampai mati pun beliau tak kawin sebab duk
engat kat Bertha lagi yang banyak mengubah hidup beliau..

p/s/s: Beliau dari Sweden manakala Bertha pulak Australia.
Cinta jarak jauh lah ni.

sumber: wikipedia dan Mdm Munira..^^

Wednesday, April 6, 2011

ada aku kisah?

Ini kucing saya. Nama beliau Ally. Namun begitu, dalam kalangan gadis beliau tidaklah sepopular Ally Iskandar mahupun Alleycats. Hal ini kerana beliau sangat tidak melayan mana-mana gadis apatah lagi janda hot yang catwalk di hadapannya. Jeling pun tidak. Sangat ego oke!

Pada setiap hari, kerja beliau hanyalah tidur dan tidur dan makan dan sambung tidur lagi.Owhh. Tapi, kenapa beliau tidak gemuk dan buncit ye?. Masih slim dan kacak bergaya. Hurmm. Mungkin disebabkan oleh sebab kadar metabolisme beliau yang tinggi.

Walaupun sudah tidur pada sebelah siangnya, beliau masih lagi boleh berdengkur dan masih lagi boleh tidur 8 jam setiap malam. Dan, dia sangat demand oke! Tidur atas katil siap. Memang adik aku aku sediakan space atas katil semata-mata untuk dia. Sigh.

Kegemaran beliau bukanlah bermain kejar-kejar bersama-sama dengan kucing lain kerana beliau sangat penakut dan penyegan orangnya. Oleh itu, sangat sukar untuk melihat beliau bermain di luar rumah. Sebaliknya, kegemarannya adalah tidur bersama kipas angin. Pada beliau, perasaan apabila molekul-molekul udara melalui celah-celak bulu ketiak adalah berkali-kali lebih nikmat berbanding pergi test market dan pikat awek-awek yang cunnya berganda.

asal tidur jer mesti angkat ketiak! Syabas bete!

ni sume hipokrit! Haha.

5 minit kendian..
.
.
.
.
.
.
.
adeh, teleng kepala ai tau!

sangat tak sopan! Haha.

Kalau korang buat-buat pancing dia dengan benda-benda yang bergerak, sumpah dia takkan layan punya. Memang akan buat bodoh jer. Layan tidur dengan kipas lagi bagus. Haha. Kalau main-main dengan perut pun beliau tidah marah. Redo jer. Takde nak gigit-gigit. Tak kisah langsung kot! xD

p/s: Even kadang tuu, adik aku panggil dia adik.
Sengal budak tuh.Haha.

Monday, April 4, 2011

soley soleyyy..

Semalam siapa yang tak tengok ABPBH memang sangat rugi. Haha.

Overall even aku tak sempat tengok part yang Fasha Sandha menang tapi, part ending memang sangat giler! Best yang teramat sehh. Boleh gelak guling-guling bila tengok tetiba Usop Wilcha dengan Abi Hurairah datang bersoley-soley. Siap boleh menari poco-poco bagai. Keh keh keh.

Congrates to Shaheizy Sam yang dapat anugerah bintang paling popular. Luu memang patot menang pon der!

Part yang taley bla bila mak Shaheizy Sam yang sangat sporting siap naek wilcha Usop. Kah kah kah.

Last but not least, Dato' Siti yang sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat comel. =D

credit: google

p/s: soleh n sue, keh nak mengaku jadi
orang lepeh buleh?. Haha.

Saturday, April 2, 2011

totally exhausted..@_@


6 tests+5 assignments+4 revisions+3presentations+2projects+1 interview=0 people survived!
quackk quackkk..x_x

credit to: lewis 2nd law..hehe..