Wednesday, April 13, 2011

Alfred Nobel

Nobel merupakan salah seorang ahli kimia dan jurutera yang sangat terkenal dengan kehebatan dan kemantapan beliau dalam banyak bidang. Pada suatu hari, tanpa diduga beliau telah berjaya mencipta satu bahan letupan yang sangat stabil iaitu dynamite.Tuu pun lepas ntah berapa ribu kali ntah dia gagal!. Hebatkan beliau sebab sebelum tuu, memang tiada seorang pun ahli kimia yang berjaya menstabilkan bahan letupan. Mesti akan meletup dulu sebelum sempat buat apa-apa. Pastu masing-masing legam jer. Haha.


Penciptaan dynamite ni telah berjaya menarik banyak pihak untuk membelinya. Walaupun banyak harta benda serta nyawa yang terkorban di sebabkan oleh ciptaannya ini, beliau berasa sangat bangga. Takde rasa bersalah kot! Sebab alat yang dia cipta, di gunakan di seluruh dunia. Duit pun masyuk beb. Lepas satu-satu cawangan yang dia bukak kat seluruh dunia sehinggakan beliau mampu bertutur dalam 6 bahasa.



Entah macam mana pada suatu hari, hati beliau yang kental dan keras itu akhirnya berjaya di cairkan oleh setiausaha beliau sendiri iaitu Bertha walaupun Bertha sekejap jer jadi setiausaha pembantu rumah beliau.


Malangnya, Bertha dah ada pakwa lain yang lagi hensem dari beliau. Rambut pun lagi banyak! Keh keh keh. Sebenarnya Bertha merupakan wanita kedua yang pernah beliau cintai. Selepas frust menonggeng dengan Bertha, beliau jumpa lagi dengan awek laen. Tapi dalam hati, dia tetap engat kat Bertha.


Mungkinlah kan Bertha tak nak terima Nobel sebab Bertha merupakan salah seorang aktivis yang cintakan keamanan. Nobel pulak orang yang buat senjata. So, memang kontra lah kan. Bertha ni memang aktif buat ceramah ke sana ke mari perjuangkan keamanan dan memerangi peperangan serta keganasan. Sampaikan pernah suatu ketika, disebabkan nak tengok Bertha sangat-sangat Nobel pernah menyamar sebagai orang biasa dan turut hadir dalam ceramah keamanan Bertha.


Melalui siri-siri ceramah Bertha, Nobel memang betu-betul sedar betapa beliau sebenarnya kejam giler nak mati. Tak pernah nak fikirkan banyak nyawa yang terkorban sebab bahan ciptaan dari tangan beliau sendiri. Dari situ, dia dah mula insaf dan akan cuba hentikan segala peperangan.


Akhirnya sebelum meninggal dunia akibat strok, beliau sempat berwasiat untuk menjadikan keseluruhan hartanya yang tak putus-putus itu sebagai penghargaan ataupun anugerah kepada sesiapa sahaja yang banyak memberi sumbangan dalam bidang sains fizikal, bidang kimia,bidang sains perubatan dan fisiologi, bidang kesusasteraan dan mereka yang memperjuangkan keamanan di seluruh dunia.

Dikatakan sebab Berthalah, beliau nak bagi anugerah untuk bidang keamanan tu dan Bertha memang salah seorang penerima Anugerah Nobel. Anugerah yang diambil sempena nama beliau iaitu ALFRED NOBEL. Dan sampai sekarang anugerah ini merupakan satu anugerah yang memang sangat-sangat tinggi nilainya di seluruh dunia.

Alfred Nobel yang sebenar..

p/s: sampai mati pun beliau tak kawin sebab duk
engat kat Bertha lagi yang banyak mengubah hidup beliau..

p/s/s: Beliau dari Sweden manakala Bertha pulak Australia.
Cinta jarak jauh lah ni.

sumber: wikipedia dan Mdm Munira..^^

5 comments:

as eleyana said...

kah3x.. pandai edit.. haha

lieynn said...

haha.. terbaik la ct.. lg bgus dri org yg ks korg 2.. haha..

za petrelli said...

hahahah.. terbeak. boleh buat komik dah ni

pingu_kecik said...

as:haha..baru brjinak2..
tp, x sehebat orang tuu laa kot!
keh keh keh..

lieynn: tq2..haha..
ntah laa lin! lantak dielah..malas nk pk dah..sumpah serik! sob sob sob..

pingu_kecik said...

za: kan kan..
tak sangka kisah hidup die macam tuu..=]