Sumpah rindu dengan segala terms biology. Dulu masa kat matrik, memang aku dah fall in love dengan bio. Even mase kat sekolah dulu aku suam-suam kuku kambing jer dengan die. Macam orang pulakkan main die die. Haha.
Mase matrik, kalau kelas bio jer mesti excited giler. Pastu kalau kat bilik, asal boring jer mesti nak bukak buku bio.Aku ngan Campbell pun da macam best friend.Kalau malas bace sekalipun, mesti aku akan bukak untuk belek-belek gambar.Asal nak tido jer cari nota bio. Sebab itulah bed time story aku.Bila bangun jer habis kelepet nota tuu. Takpe, nampak macam bace siket. Haha.
Tapi sayangnye jodoh aku dengan die tak panjang. Memang betul-betul sampai matrik jer. Bila masuk universiti, kos yang aku dapat memang betul-betul menyimpang. Tapi, salah aku jugak kot. Sape suruh isi first choice. Tapi, manalah nak tahu akan dapat betul-betul. Sob sob.
Memang amik masa jugak kot nak adapt dengan Chemical Engineering ni. Sumpah, aku cakap kalau adik-adik yang nak mintak kos ni sila fikir empat puluh lima juta kali yepp! Kena bersedia dari segi mental dan fizikal.Kalau setakat dapat markah macam orang tak belajar pun dah tak rasa ape. Paling-paling pun nangis jela. Sob sob.
Tapi, pensyarahlah yang banyak bagi suntikan semangat.Kebanyakkan pensyarah kat sini adalah bekas orang industri yang pernah berkecimpung dalam bidang ni. Bila dengar cerita dan pengalaman mereka, memang sangat-sangat seronok.Memang terasa nak pergi nak rasa sendiri pengalaman kerja kat industri. Yang aku tahu mesti letih.
Baru-baru ni kes tsunami dan nuklear di Jepun telah betul-betul buat jantung aku tersentap. Boleh di katakan bahawa setiap hari aku akan follow kes tuu. Kes pembinaan kilang rare earth kat Gebeng pun aku dah mula amik tahu. Mungkin aku da terasa yang aku perlu amek peduli semua itu sebab suatu hari nanti, itulah tanggungjawab aku. Dan setiap hari, aku dah makin suka dan hargai dengan apa yang aku belajar selama ni, even markah test still lagi HAMPEH!. -_-"
Doakan aku yer kawan-kawan.
Dan semoga impian kite semua pun akan tercapai. Amin.
p/s: luahan rasa lepas tengok markah heat transfer tadi. sedih kot!
2 comments:
yeayyy ct chayok2~
usaha tangga kejayaan ! :D
Post a Comment