Sunday, June 26, 2011

this is best bro!



Nora Elena ialah sebuah kisah seorang wanita yang telah diperkosa semasa dia berusia 15 tahun. Kehidupannya selepas itu telah menyebabkan dia sangat sukar untuk menerima cinta seorang lelaki sehinggalah bla, bla, bla dan bla. Uhh. Tak guna cerita bagai sinopsis drama ni sebab boleh dikatakan semua orang dah tengok. Aku seorang jer yang tak tengok lagi. Memang cerita ni dah jadi satu fenomena macam drama Nur Kasih dulu. Asal buka facebook jer mesti ada jer orang buat status pasal drama ni.

 

Komen macam ni pun ada. Haha.

 

Macam-macam komen. Dan dengan tidak semena-mena juga aku ada friends yang surname Seth . Kuat betul penangan Seth Tan ni. Haha. Memang tuu menjadi antara faktor pendorong yang menyebabkan aku nak sangat tengok drama ni walaupun dah lambat sikit. Tapi bila da start tengok, mulalah jadi tak tentu hala dan mengalami kekacauan emosi secara mendadak. Haha. Macam hape jer. Dalam masa dua hari pun dah boleh habis 24 episod. Sigh. Thumbs up untuk drama ni. :D

Monday, June 20, 2011

pakcik Galy kate;

“If I were again beginning my studies, 
I would follow the advice of Plato and start with mathematics.”

Sunday, June 19, 2011

Aboh kami..

Dulu-dulukan, abah garang. Biasalah kan dapat anak macam aku ni memang nak kena garang. Kalau tak, memang tak jadi manusialah aku ni. Haha. Tetiba terfikir, aku ni jadi garang sebab waris gen abah aku kot. Hurm.

Masa kecik-kecik, aku dengan abang aku memang sangat-sangat rapat sebabnya beza umur kami setahun jer. Jadi, semua kawan-kawan abang aku adalah kawan-kawan aku jugak. Yer, saya sangat tomboy waktu kecik-kecik dulu. Sekarang ni jer bila dah besar, maka dengan sendirinya telah berubah menjadi seorang perempuan yang lemah lembut lagi bertatasusila. Perubahan hormon barangkali. :p

Bila aku dengan abang tengok cerita lawan-lawan, mesti nak tiru. Bila dah abis luku-luku kepala, lesing-lesing, berhempas pulas segala, mesti ada yang nangis. Biasanya aku lah tuu. Haha. Pastu memang teruk kena marah sebab dah bersepah-sepah bilik.Waktu malamnya pulak,cukup jer pukul 8 terus bersiap-siap nak pergi mengaji. Tak payah suruh. Automatik memang akan cepat-cepat bersiap. Takut kena marah dengan abah. Balik mengaji, buat kerja sekolah, kemas-kemas, terus tidur. Takde banyak songeh.

Pernah sekali aku dengan abang silap naik bas sekolah. Ingatkan bas tuu lalu depan rumah kami rupanye tak. Entah mana-mana pakcik tuu bawak. Last-last baru dia perasan yang kitorang ni naik bas dia. Malam jugaklah kitorang sampai rumah. Sampai jer rumah teruk kena marah. Memang sedih gila. Dah lah letih lagi, lapar lagi. Sob sob. 

Tapi yang bestnya, abah memang tak pernah pukul kami adik-beradik. Hatta cubit sikit pun tak pernah. Tuu yang aku memang tabik spring dengan abah.Cukup abah jeling dah boleh buat aku dengan abang kecut perut. Isk isk.

Sekarang, bila sampai turn adik-adik aku, abah dah tak garang sangat macam dulu. Mungkin sebab zaman aku dengan abang kecik-kecik, darah abah muda lagi. Sikit-sikit nak marah. Dapat pulak kitorang ni yang memang suka buat hal. Memang selalu berangin laa. Haha.

Untung ko sekarang dik terasa nak makan itu ini, nak main itu ini, abah terus beli. Abang dengan okak dulu, nak mintak beli dora pun tak berani tau! Uhhh. Tapi, sekarang bila dah besar semua kehendak anak-anak abah buat. Kalau aku dan abang balik cuti semester, abah pun kalut nak mintak cuti kerja jugak. Dan siap beli macam-macam sebab nak sambut kitorang balik. *terharu.

Sekarang ni bila dah besar, kita boleh fikir kenapa abah buat macam tuu. Dah memang tuu cara abah mendidik. Kalaulah abah tak marah-marah kat aku dengan abang macam dulu takdenye lah, aku dengan abang jadi macam sekarang ni. Mesti aku dah jadi tomboykan dan jadi minah kawasan. Tak pun KL gangster ker?. Haha. Dah start mengarut!


Last but not least, Happy Father's Day to abah and all abahs out there. We love you sooooo much. :D

p/s : Kutipan Filem KL gangster sekarang pun dah nak 
cecah  RM 11 juta. Hebat woo. 
Menangis lagilah si syamsul yusuf bila dapat anugerah nanti. Tehee.

Behind every successful man, they each have a journey to share. Find out their story.

Saturday, June 18, 2011

eclipse dan thermo!

Okayy, lama tak update blog sebab pengsan yang terlalu lama akibat daripada entry yang lepas. Alasan yang sangat tak masuk akal untuk tak update blog. Haha.

Eh, eh, lupa nak tanya. Haritu masa gerhana bulan, korang berkesempatan tak tengok?. Aku sebenarnya sangat excited untuk melihat fenomena-fenomena macam ni. Tapi, haritu takde rezeki nak tengok sebab Kuantan baru lepas hujan. Lebih kurang jam 2.3o pagi aku, As dan Wani duk pusing-pusing kat sekitar blok asrama cari bulan. Punyalah excited kan?. Hehe. Malangnya, bukan rezeki kami nak tengok eclipse tuu. Takpelah. Setidak-tidaknya Allah dah turunkan rezeki hujan pada malam tuu dan membersihkan bumi daripada dosa-dosa manusia. Hurm.

Minggu depan pulak dah start test dua thermodynamics. Sangat-sangat cuak. Dah laa test satu hari tuu dapat markah lebih kurang jer. Sangat sedih. Dah tuu macam mane nak kahwin kalau thermo pun taley nak dapat A?. Err, jadah?. Memang takde kaitan. Haha. Kalau nak tunggu thermo dapat A baru nak kahwin, sampai bila-bila pun tak kahwin gamaknya. Grr!

Okayy, tamo tamo. Tarik balik. Keh keh keh. ^^v

Tuesday, June 14, 2011

Monday, June 13, 2011

ko terpijak ulat ker?. Meh aku basuhkan!

Kadang tuu memang ada certain benda, hal atau rahsia yang ko boleh share dengan kawan dan ada juga benda yang selagi ko boleh telan dan pendam, ko akan telan. Tapi, macam ni lagi bahaya sebab sekali gunung dah meletup, satu benua asia pun boleh bergegar. Dan tak mustahil akan berkecai terus kot!

Intro macam serius je kan?. Haha. Padahal alkisahnya takdelah serius sangat tapi, serius la jugak! Macam mane tuh?. Hurm.

Betullah kan orang kata bila kita dah masuk universiti, macam-macam hal besar yang akan kita start tempuhi. Kat sini lah kita akan kenal erti kawan yang sebenar. Ada kawan yang depan-bukan-main-puji-melambung tapi hakikatnya gunting dalam lipatan. Uhh.

Macam mane pun, ada jugak kawan yang memang betul-betul ikhlas kawan dengan kita. Kiranya macam kalau ko terpijak ulat beluncas, aku tolong basuhkan kasut ko dan kalau ko pulak pijak, turn aku pulak yang basuh. Haha. Contoh macam ape jer. Tapi, still dapat tangkapkan maksud dia. Hehe.

Tapi, janganlah pulak bila dah jumpa kawan baru, kawan lama buat dek gitu jer. Kesian kot. Ko engat balik, dulu siapa yang basuh kasut ko waktu terpijak ulat?. Kalau kawan baru ko nak tolong basuhkan ker nanti, go on jer lah. Jangan nanti bila ko pijak ulat, kawan baru ko dah lari beribu meter tinggal kan ko sorang-sorang terpinga-pinga kat situ baru ko tahu langit tuu tinggi ke, rendah ke. Heh.

Once bila ko pusing, ko akan nampak yang sahabat ni akan tunggu ko sambil bawak kasut baru. Sahabat ko ni tahu yang ko tuu jalan memang selalu menonong. Tak tengok kiri kanan dah. So, dia memang akan selalu bawak kasut spare. Dia tak nak kawan dia ni tak pergi kelas semata-mata sebab terpijak ulat. This is what we call sahabat sejati. Isk. Isk. *terharu

Tapi, kena ingat. Tak semua orang boleh forgive and forgetkan?.

Kesimpulannya, kawan kawan jugak. Tapi biar ikhlas. Sebabnya nanti siapa yang nak meriahkan majlis perkahwinan kita kalau bukan kawan-kawan?. Nak tolong angkat meja, pasang langsir, beli barang-barang segala. Ape gunanye kawan kalu takdipergunakan?. Haha. Tapi, bila sampai masa dia kahwin, janganlah buat dek jer. Tolong ar kawan ko pulak der! Kirenya give and take ye dok?. HEHE.

Tapi pape pun, family comes first okayy! :D

source: saya doodle

Thursday, June 9, 2011

c.a.t.e.r.p.i.l.l.a.r

Kalau ikutkan, aku ni tak adalah nak geli dan takut sangat dengan ulat bulu ataupun lebih glemer dengar nama ulat beluncas ni. Tapi, sebab bulu-bulu badannya yang obvious ni menyebabkan aku lagi  terdorong untuk panggil menatam ni ulat bulu. Hehe.

Pada aku, kalau aku tak kacau dia, tak adalah dia nak datang menggatal kat kita an?. Tuu konsep yang aku pegang kalau lalu kat laluan pejalan kaki kat u aku masa nak pegi kelas.

Sepanjang laluan ni, memang ada sederet pokok-pokok yang tinggi dan besar. Yalahkan nak bagi teduh. Tapi, aku pun tak tahu kenapa dekat salah satu pokok tuu, tiba-tiba menjadi habitat sekumpulan ulat bulu. Aku rasa macam bukan sekumpulan dah tapi, berbondong-bondong banyaknya. So, dapat imagine tak betapa banyaknya ulat bulu yang duduk melepak-lepak dan bersuka ria kat atas dahan tuh?. Tuu belum masuk lagi ulat-ulat yang gayut-gayut dan jatuh kecepek-kecepek. Grr.

Dan yang bertambah menariknya apabila ulat-ulat bulu ini datangnya daripada pelbagai saiz. Ada yang bersaiz kecil  halus yang comel lagi mulus sampai ko tak perasan yang ko dah terpijak dia sampai terburai perut dan ada juga yang saiznya macam ranting kayu. dan yang lagi besar dari tuu pun ada. Memang besar woo. Aku rasa ulat-ulat tuu semua dah terkena mutasi gamaknya. Tak pun dorang duk hisap nutrien pokok yang depa duk tumpang tuu. Sebab tuu la debab semacam. Grr.

Pernah aku ingat yang ulat bergelimpangan tuu adalah tahi kucing. Masa tuu malam. Tak nampak. Sekali bila dah dekat, dia menggeletik, ambik ko! memang terasa nak pengsan kat situ jugak. Siangnya baru perasan yang sebenarnya ulat tuu kaler biru keputih-putihan. Macam pucat-pucat gitu.  Unik gila kalernye. Tak pernah tengok ulat bulu kaler gitu. Impressed sekejap! Haha.

Tapi, sejak akhir-akhir ni kadar kejatuhan ulat-ulat tuu kat tanah semakin merunsingkan. Mungkin sebab dah tak dapat menampung kadar kedebaban badan masing-masing. Tak pun sebab musim hujan. So, memang banyak yang jatuh ke bawah dan mati katak macam tuu jugak. Yang kena lenyek dengan kereta pun banyak jugak. Tapi, yang tough-tough tuu still lagi boleh nyet-nyet naik semula atas pokok. Haha.

Tapi, tadi aku dah jumpa ulat yang mabeles punya besar. Memang rekod paling besar yang aku tengok dan paling dekat. Aku pun tak perasan macam mana dia boleh ada depan aku. Memang sangat-sangat terkejut. Punyalah dupdap dupdap. Rasa macam baru lepas lari 1oo meter. Pasni dah tak nak lalu situ. Ngeri dah kot tengok korang jatuh kecepek-kecepek macam selalu. Eleh, kalau setakat terjun tiruk macam tuu, aku pun boleh laa. Uhh! 

p/s: Aku tak amik pun gambar ulat ni sebagai 
bukti sebab tidak sesuai untuk tontonan umum. Terlalu ngeri okayy! Huhu.


update: pokok yang ulat ni dok menumpang dah kena tebang. 
Suka giler aku! HAHA. * gelak jahat!

Wednesday, June 8, 2011

Is it really? uhh!

"People who insist on finding Mr. RIGHT and Ms.RIGHT to settle down are bound 
to remain Mr. or Mrs. SINGLE for the rest of their lives."

Jangan tak percaya phrase ni dari buku Thermodynamics. Lepas ni jumpa ayat macam
mana pulak kan..=D


Tuesday, June 7, 2011

dah tuu, bila nak pandainye??!!


ni gambar orang tengah study. 
Nampak?. Tak?. Oke, oke, lukis lain.


 Ha, ni?. Tengah study tahu tak!
Err, asal tak nampak gaya pun. Sigh. 


Percubaan yang ketiga baru berjaya.
Well, kembang sikit! Mak Jemah AF okayy! Hahaha.;D


Next..




Selepas itu..



.
......






Krohh. Krohhhh...



p/s: Malam ni langsung tak study. 
At least bila melukis gambar study konon boleh melegakan hati! 
Teehee...

Perangai macam hape jer! Grrrr..


Sunday, June 5, 2011

Nama pun hero..mestilah macam incredible Hulk!

Sekarang ni aku tengah layan drama korea tajuk IRIS.

Body hero cerita ni sangatla tough. Tak tahulah aku petak enam ke petak lapan. Punyalah tough body dia sampaikan kena belasah banyak kali pun rileks jer. 

Pastu nanti kalau team musuh tembak dia, mesti tak kena. Asik sipi-sipi jer. Diulangi disini TEAM musuh. Maknanya hero sorang jer, tapi geng musuh mau lebih sepuluh orang. Menyampah! Hero tu baru kilas sikit jer, terus musuh jatuh menggelepar macam kena sawan babi. Dan ada scene hero tendang pintu, dan dan pintu terus tercabut dan sekali dengan orang kat pintu tuu pun terpelanting sama. Over tau! Haha.

Nama pun hero kan?. Mestilah nak kena kuat. Kalau hero mati awal, tak ada lah cerita tu nak panjang-panjang sampai 2o episod ye dak?. Hehe.

 Ads: