Thursday, June 9, 2011

c.a.t.e.r.p.i.l.l.a.r

Kalau ikutkan, aku ni tak adalah nak geli dan takut sangat dengan ulat bulu ataupun lebih glemer dengar nama ulat beluncas ni. Tapi, sebab bulu-bulu badannya yang obvious ni menyebabkan aku lagi  terdorong untuk panggil menatam ni ulat bulu. Hehe.

Pada aku, kalau aku tak kacau dia, tak adalah dia nak datang menggatal kat kita an?. Tuu konsep yang aku pegang kalau lalu kat laluan pejalan kaki kat u aku masa nak pegi kelas.

Sepanjang laluan ni, memang ada sederet pokok-pokok yang tinggi dan besar. Yalahkan nak bagi teduh. Tapi, aku pun tak tahu kenapa dekat salah satu pokok tuu, tiba-tiba menjadi habitat sekumpulan ulat bulu. Aku rasa macam bukan sekumpulan dah tapi, berbondong-bondong banyaknya. So, dapat imagine tak betapa banyaknya ulat bulu yang duduk melepak-lepak dan bersuka ria kat atas dahan tuh?. Tuu belum masuk lagi ulat-ulat yang gayut-gayut dan jatuh kecepek-kecepek. Grr.

Dan yang bertambah menariknya apabila ulat-ulat bulu ini datangnya daripada pelbagai saiz. Ada yang bersaiz kecil  halus yang comel lagi mulus sampai ko tak perasan yang ko dah terpijak dia sampai terburai perut dan ada juga yang saiznya macam ranting kayu. dan yang lagi besar dari tuu pun ada. Memang besar woo. Aku rasa ulat-ulat tuu semua dah terkena mutasi gamaknya. Tak pun dorang duk hisap nutrien pokok yang depa duk tumpang tuu. Sebab tuu la debab semacam. Grr.

Pernah aku ingat yang ulat bergelimpangan tuu adalah tahi kucing. Masa tuu malam. Tak nampak. Sekali bila dah dekat, dia menggeletik, ambik ko! memang terasa nak pengsan kat situ jugak. Siangnya baru perasan yang sebenarnya ulat tuu kaler biru keputih-putihan. Macam pucat-pucat gitu.  Unik gila kalernye. Tak pernah tengok ulat bulu kaler gitu. Impressed sekejap! Haha.

Tapi, sejak akhir-akhir ni kadar kejatuhan ulat-ulat tuu kat tanah semakin merunsingkan. Mungkin sebab dah tak dapat menampung kadar kedebaban badan masing-masing. Tak pun sebab musim hujan. So, memang banyak yang jatuh ke bawah dan mati katak macam tuu jugak. Yang kena lenyek dengan kereta pun banyak jugak. Tapi, yang tough-tough tuu still lagi boleh nyet-nyet naik semula atas pokok. Haha.

Tapi, tadi aku dah jumpa ulat yang mabeles punya besar. Memang rekod paling besar yang aku tengok dan paling dekat. Aku pun tak perasan macam mana dia boleh ada depan aku. Memang sangat-sangat terkejut. Punyalah dupdap dupdap. Rasa macam baru lepas lari 1oo meter. Pasni dah tak nak lalu situ. Ngeri dah kot tengok korang jatuh kecepek-kecepek macam selalu. Eleh, kalau setakat terjun tiruk macam tuu, aku pun boleh laa. Uhh! 

p/s: Aku tak amik pun gambar ulat ni sebagai 
bukti sebab tidak sesuai untuk tontonan umum. Terlalu ngeri okayy! Huhu.


update: pokok yang ulat ni dok menumpang dah kena tebang. 
Suka giler aku! HAHA. * gelak jahat!

2 comments:

One said...

amik la.. hahaha...

pingu_kecik said...

haha..
alah wan, cam tak bese tengok yang real jer..

yekkk..grr!