Tuesday, April 24, 2012

Once upon a time

We have been to LYNAS last Saturday. Lets the pictures scream everything.

yeah, finally. after got lost and met with T-junctions.
Then suddenly decided to stop the car in the middle of road. --'

still under construction. Haish, forgot its name.

It's conveyer. Around 100m. Like the track of roller coaster isn't it?.

The hoters. wow~!

Engineers to be. Insyaallah.

p/s: credit to Dila for the wonderful pictures ^^v



Monday, April 23, 2012

setiap yang mula pasti akan berakhir

'Dari Dia kita datang dan kepada Dia jualah kita dikembalikan'

Hari ini rutin biasa setiap petang selasa, attend lab. Run experiment. Waktu Lab sangat seronok mugkin sebab lebih kepada praktikal. Boleh kenal macam-macam jenis equipments yang dipelajari sebelum exposed kepada unit operation di industri yang berskala jauh lebih besar.

Kiri ialah heat exchanger untuk industry scale. Kanan ialah apa yang kami run ketika experiment. 
Ratiosaiz mereka sangat-sangat berbeza. -.-'

Seperti biasa, Jurutera Pengajar (JP) akan turut sama tolong kami run experiment. Dalam banyak-banyak JP, ada sorang ni yang kami tak berapa in sangat. Mungkin sebab dia terlalu tegas. Selalu kena marah kalau run experiment. Tapi, takpelah. Tak pernah pun terasa nak ambil hati dengan dia. Mungkin sebab dah memang cara dia macam tu. Dan dah banyak kali kena dengan dia. So, relaks-relaks sudah. Kalau tak tegas dah lama kami main-main. Agaknyalah.

Tapi, hari ini, dia sangat cool. Lebih banyak bercerita dan bertegur sapa. Usai run experiment, aku dengan ahli group pergi jumpa dia untuk buat pengesahan data yang kami dapat daripada experiment.

'Sir, nak cop.' kataku sambil menghulurkan kertas data.

'Boleh, tapi kena bayarlah. RM10 satu sign.' katanya sambil gelak. 

Even aku sendiri dapat rasa yang masa tu aku buat muka kekok. Hanya mampu senyum jer. Mungkin agak terkesima dengan sifat ramahnya pada hari ini. Sumpah, memang dia tak pernah macam ni. Dari, riak mukanya nampak sedikit lesu.

'Minggu lepas saya tak datangkan?. sambung dia lagi.

'Urmm'. Suara aku macam lepas tak lepas jer. Main-main dekat anak tekak. Mungkin sebab aku tak perasankan dia minggu lepas.

'Sebenarnya anak saya meninggal. Sebab itulah.' Aku terkejut. Lantas dia mula buka cerita. 

Anaknya meninggal sebab lahir tak cukup bulan. Yang lebih sedih dan sayu itu anak pertama dia dan isteri. Faktor tidak cukup bulan bukanlah faktor penyebab tapi, jangkitan kuman. Disebabkan, baby yang lahir tak sampai bulan, pihak hospital ambil keputusan untuk kasi susu formula untuk bagi tumbesaran baby cepat.   Malangnya, antibodi baby memang tak cukup kuat lagi sebab tak diberikan susu ibu. Dia sendiri pun tak faham kenapa pihak hospital tak nak kasi isterinya breast feeding kat baby. Bahananya, antibodi baby tak kuat dan mulut baby start darah. Jasad kecil itu hanya mampu survived hampir sehari sebelum kaku diambil olehNYA. 

Semasa bercerita, wajahnya tampak sebak dan sayu. Tak ada wajah serius seperti selalu-selalu. Pada waktu dan ketika itu, aku bayangkan wajah isterinya. Perasaan apabila anak yang dikandung selama hampir sembilan bulan, hilang macam sahaja. Nak-nak lagi anak first. Memang tak boleh nak kata apa. Memang sangat sedih. 

'Takpelah. Nak buat macam mana. Yang lepas tuu lepaslah.' katanya sambil buat-buat senyum. 

'Mungkin anak encik sekarang tengah tunggu ibu dan ayahnya di syurga. Bertabahlah.' kataku dalam hati sambil melangkah pulang keluar dari lab. 



Sunday, April 22, 2012

Piala Euro punya pasal

Di suatu petang yang hening dan mendamaikan, aku dengan adik lelaki aku tengah duduk lepak-lepak depan tv. Pada masa yang sama, kebetulan keluarlah iklan piala EURO. Tetiba adik aku bersuara.

'Kak, nanti EURO akak sokong mana?' tanya adik aku sungguh-sungguh. Serius mukanya sambil pandang tepat ke arah aku.

'Huh?, mestila sokong Messi. BARCELONA!' jawab aku dengan bersemangat sambil menggenggam tangan. Penuh yakin.

Tiba-tiba adik aku senyap. Dari riak mukanya tampak terkejut. 

Dua minit berselang, dia ketawa berdekah-dekah sambil tekan-tekan perutnya yang tegang urat.

Aku pulak blurr sehingga dia explain  balik 5 minit lepas tu. Lantas aku terus lari masuk bilik dan dia pun terus sambung gelak berdekah-dekah tanpa sebarang belas.