'Dari Dia kita datang dan kepada Dia jualah kita dikembalikan'
Hari ini rutin biasa setiap petang selasa, attend lab. Run experiment. Waktu Lab sangat seronok mugkin sebab lebih kepada praktikal. Boleh kenal macam-macam jenis equipments yang dipelajari sebelum exposed kepada unit operation di industri yang berskala jauh lebih besar.
Kiri ialah heat exchanger untuk industry scale. Kanan ialah apa yang kami run ketika experiment.
Ratiosaiz mereka sangat-sangat berbeza. -.-'
Seperti biasa, Jurutera Pengajar (JP) akan turut sama tolong kami run experiment. Dalam banyak-banyak JP, ada sorang ni yang kami tak berapa in sangat. Mungkin sebab dia terlalu tegas. Selalu kena marah kalau run experiment. Tapi, takpelah. Tak pernah pun terasa nak ambil hati dengan dia. Mungkin sebab dah memang cara dia macam tu. Dan dah banyak kali kena dengan dia. So, relaks-relaks sudah. Kalau tak tegas dah lama kami main-main. Agaknyalah.
Tapi, hari ini, dia sangat cool. Lebih banyak bercerita dan bertegur sapa. Usai run experiment, aku dengan ahli group pergi jumpa dia untuk buat pengesahan data yang kami dapat daripada experiment.
'Sir, nak cop.' kataku sambil menghulurkan kertas data.
'Boleh, tapi kena bayarlah. RM10 satu sign.' katanya sambil gelak.
Even aku sendiri dapat rasa yang masa tu aku buat muka kekok. Hanya mampu senyum jer. Mungkin agak terkesima dengan sifat ramahnya pada hari ini. Sumpah, memang dia tak pernah macam ni. Dari, riak mukanya nampak sedikit lesu.
'Minggu lepas saya tak datangkan?. sambung dia lagi.
'Urmm'. Suara aku macam lepas tak lepas jer. Main-main dekat anak tekak. Mungkin sebab aku tak perasankan dia minggu lepas.
'Sebenarnya anak saya meninggal. Sebab itulah.' Aku terkejut. Lantas dia mula buka cerita.
Anaknya meninggal sebab lahir tak cukup bulan. Yang lebih sedih dan sayu itu anak pertama dia dan isteri. Faktor tidak cukup bulan bukanlah faktor penyebab tapi, jangkitan kuman. Disebabkan, baby yang lahir tak sampai bulan, pihak hospital ambil keputusan untuk kasi susu formula untuk bagi tumbesaran baby cepat. Malangnya, antibodi baby memang tak cukup kuat lagi sebab tak diberikan susu ibu. Dia sendiri pun tak faham kenapa pihak hospital tak nak kasi isterinya breast feeding kat baby. Bahananya, antibodi baby tak kuat dan mulut baby start darah. Jasad kecil itu hanya mampu survived hampir sehari sebelum kaku diambil olehNYA.
Semasa bercerita, wajahnya tampak sebak dan sayu. Tak ada wajah serius seperti selalu-selalu. Pada waktu dan ketika itu, aku bayangkan wajah isterinya. Perasaan apabila anak yang dikandung selama hampir sembilan bulan, hilang macam sahaja. Nak-nak lagi anak first. Memang tak boleh nak kata apa. Memang sangat sedih.
'Takpelah. Nak buat macam mana. Yang lepas tuu lepaslah.' katanya sambil buat-buat senyum.
'Mungkin anak encik sekarang tengah tunggu ibu dan ayahnya di syurga. Bertabahlah.' kataku dalam hati sambil melangkah pulang keluar dari lab.
2 comments:
ct2, bace kat atas2 tu pun dah tau sapa jp itu...hehehe
sedihlah kecian bila tahu hari tu pasal anak yang mninggal tu,
ada hikmah....:)
nampak sangat yg sebenarnya ramai yg tak berapa in dgn die..kasi hint sikit pn dah boleh agak sape..haha..
tapi, mmg sedihlah shima..sebab anak first kot..haritu entah berapa kali die asyik sebut 'terkilan' jer..sian pulak ke die..:(
insyallah anak tuu nnti akan bawa manfaat kepada ibu dan ayahnye kat akhirat kelak..insyaallah..:)
Post a Comment