Tuesday, January 18, 2011

you jump, i jump!

Tadi masa kelas numerical method, tiba-tiba lecturer aku, boleh menyimpang cerita tentang aktiviti masyarakat kat New Zealand. Aku pun tak tahu part mana yang dalam numerical tuu sampai dia boleh terkait dengan New Zealand. Lecturer aku ni orang India. Memang betul-betul India mari! Kadang tuu aku memang kena fokus betul-betul apa yang dia cakap. Sebabnya banyak belit laa itu perkataan. Ammaa! (cakap sambil tangan letak kepala dan goyang-goyang). Hahaha.

Dulu-dulu, sebelum jadi pensyarah, dia pernah bekerja kat one of the industrial company in New Zealand. So, memang banyak lah pengalaman dia berkawan dengan orang-orang kat sana. Korang tahu ke yang orang-orang New Zealand suka aktiviti-aktiviti lasak dan adventure macam bungee jumping??. Aku pun baru tahu tadi. Aku yang memang tengah blurr time tuu tiba-tiba tereksaited. Macam best jer! Tiba-tiba terasa mahu meng'explore'kan diri ke New Zealand!

Dia cakap, orang NZ memang sanggup habiskan duit sampai RM500 (lebih kurang) semata-mata untuk naik helikopter dan terjun. Gilo ke apo! Lepas jer habis kelas, terus serve internet pasal bungee-jumping ni. Rupanya aktiviti ni memang aktiviti extreme yang paling popular. Dulu-dulu aku ingatkan biasa-biasa jer sebabnya memang bahaya giler kot sukan ni! Orang giler jer yang sanggup bagi nyawa 100% kat trainer. Dibuatnya trainer sabotaj tak ke naya!

Kat bawah ni aku jumpa kat blog kondakondi iaitu 5 tempat tertinggi kat dunia ni yang menjadi kegilaan si pelompat bungee-jumping ni. Mana tahu kot-kot korang nak try lompat sekali ke!

5. Europabrucke Bridge, Austria – 630 feet (192 m)

4. Bloukrans Bridge, South Africa – 708 feet (216 m)

3. Verzasca Dam, Switzerland – 720 feet (220 m)

2. Macau Tower, China – 760 feet (233 m)

1) Royal Gorge Bridge, Colorado, USA – 1,053 feet (321 m)

ni taraf-taraf aku gamaknya..
tengoklah, kaki pun terkangkang-kangkang! haha


P/s: ADA BRAN???..

credits to :
kondakondi ,wikipedia n MR.GOOGLE..^^

10 comments:

Nur Yana said...

hahahaha.. goyang2 kepala.. jahat doh u!! haha.. 1 day, klu ada peluang gini, i pown nak try even 1 time jumping only pown dah rm500.. n apakah itu pana? terpanakah? btw pernah tgk bnda alah nieh kt amaizing race. couple lompat from bridge yg tinggi gila bawah ada air mcm tasik gitu n tepi2 mcm kawasan bukit ckit.. lawa tmpt dia.. tgk org tuh takut nangis mula2 xnak wat, menjerit buat, tp pastuh dh hbs seronok gila dia cakap kenyih2 g. mmg best kot.. haha

nUr sUhAiDa muhamad said...

hahahaha..terjun katil ag ekstrem weh..tyap2 pagi ak tejon..haha..!!! ace try..ngeeee~

ika said...

owh yang ni pernah tengok dalam CSI:NY . hebat tuu .

pingu_kecik said...

as: haha..takdelah jahat mana kan..

tulah, takotkan!memang gabra habis..kalau orang kasi sejuta pun i tak sanggup nak terjun kot! no no no!
haha..

sue: kalau bab bab terjun katil ni aku pun dah biasa..selalu jer aku buat terjun tiruk! keh keh..

ika: ish ish! tulah..kalau nak terjun memang nak kena ada confident level yang tinggi..kalau takat suam-suam kuku, toksah berangan lah!

Lady SharpShouter said...

aku suka sgt benda2 mcm nih.nnt la ada duit aku teringin nak buat.tp aku leh bayang aku muntah 8 baldi lepas tuh.haha. tak silap aku kat sunway lagoon dah ade kan bungeee jumping nih.rm50 sekali terjun kl tak silap.

pingu_kecik said...

lady ss: wah wah suka ker?..
aku gayat siket tinggi2 ney..dulu pernah sekali try ab sailing..nanges2 kot kat atas tuu sampai tamo turun..hahaha..

♥ shiMawar ♥ said...

sis mcm ala2 gayat sket..tp sgt teringin nak try bungee jumping ni..skali pn cukup le kot..ade ke rasa mcm nek Solero kt Genting tu..?

ari tu tgk Explorace, mmg sakan dieorg kna wat bungee jumping..siap ade yg nanges2..taun dpn nk join Explorace le..tunggu! :D

Unknown said...

tinggi nyamak oii jambatan tu..guano nyo buat teh.hehe

arasewel said...

haha. xsangka lect ko yang AMMA ( sambil goyang2 pale) nie jd inspirasi ko nak tulis entry. ehehe. aku paham memang susa nak paham english diorang bab kebayakkan lect aku dari india tulin. haihh. wahh; xmo2. takottt mati!

pingu_kecik said...

shimawar: semangat jer kak!
bagus bagus..kalo akak masuk explorace nanti memang i sokong u lah! hahaha..

da[y]un: tinggi kan..memang mantap! baek mengucap siap2 before terjun..hehe..

ara: haha..mestilah! he's my idol lol..

kan kan..aku pon takot mati jugak! dibuatnya tali terbelit ke..nayo eden..T__T