Sunday, June 26, 2011

this is best bro!



Nora Elena ialah sebuah kisah seorang wanita yang telah diperkosa semasa dia berusia 15 tahun. Kehidupannya selepas itu telah menyebabkan dia sangat sukar untuk menerima cinta seorang lelaki sehinggalah bla, bla, bla dan bla. Uhh. Tak guna cerita bagai sinopsis drama ni sebab boleh dikatakan semua orang dah tengok. Aku seorang jer yang tak tengok lagi. Memang cerita ni dah jadi satu fenomena macam drama Nur Kasih dulu. Asal buka facebook jer mesti ada jer orang buat status pasal drama ni.

 

Komen macam ni pun ada. Haha.

 

Macam-macam komen. Dan dengan tidak semena-mena juga aku ada friends yang surname Seth . Kuat betul penangan Seth Tan ni. Haha. Memang tuu menjadi antara faktor pendorong yang menyebabkan aku nak sangat tengok drama ni walaupun dah lambat sikit. Tapi bila da start tengok, mulalah jadi tak tentu hala dan mengalami kekacauan emosi secara mendadak. Haha. Macam hape jer. Dalam masa dua hari pun dah boleh habis 24 episod. Sigh. Thumbs up untuk drama ni. :D

Monday, June 20, 2011

pakcik Galy kate;

“If I were again beginning my studies, 
I would follow the advice of Plato and start with mathematics.”

Sunday, June 19, 2011

Aboh kami..

Dulu-dulukan, abah garang. Biasalah kan dapat anak macam aku ni memang nak kena garang. Kalau tak, memang tak jadi manusialah aku ni. Haha. Tetiba terfikir, aku ni jadi garang sebab waris gen abah aku kot. Hurm.

Masa kecik-kecik, aku dengan abang aku memang sangat-sangat rapat sebabnya beza umur kami setahun jer. Jadi, semua kawan-kawan abang aku adalah kawan-kawan aku jugak. Yer, saya sangat tomboy waktu kecik-kecik dulu. Sekarang ni jer bila dah besar, maka dengan sendirinya telah berubah menjadi seorang perempuan yang lemah lembut lagi bertatasusila. Perubahan hormon barangkali. :p

Bila aku dengan abang tengok cerita lawan-lawan, mesti nak tiru. Bila dah abis luku-luku kepala, lesing-lesing, berhempas pulas segala, mesti ada yang nangis. Biasanya aku lah tuu. Haha. Pastu memang teruk kena marah sebab dah bersepah-sepah bilik.Waktu malamnya pulak,cukup jer pukul 8 terus bersiap-siap nak pergi mengaji. Tak payah suruh. Automatik memang akan cepat-cepat bersiap. Takut kena marah dengan abah. Balik mengaji, buat kerja sekolah, kemas-kemas, terus tidur. Takde banyak songeh.

Pernah sekali aku dengan abang silap naik bas sekolah. Ingatkan bas tuu lalu depan rumah kami rupanye tak. Entah mana-mana pakcik tuu bawak. Last-last baru dia perasan yang kitorang ni naik bas dia. Malam jugaklah kitorang sampai rumah. Sampai jer rumah teruk kena marah. Memang sedih gila. Dah lah letih lagi, lapar lagi. Sob sob. 

Tapi yang bestnya, abah memang tak pernah pukul kami adik-beradik. Hatta cubit sikit pun tak pernah. Tuu yang aku memang tabik spring dengan abah.Cukup abah jeling dah boleh buat aku dengan abang kecut perut. Isk isk.

Sekarang, bila sampai turn adik-adik aku, abah dah tak garang sangat macam dulu. Mungkin sebab zaman aku dengan abang kecik-kecik, darah abah muda lagi. Sikit-sikit nak marah. Dapat pulak kitorang ni yang memang suka buat hal. Memang selalu berangin laa. Haha.

Untung ko sekarang dik terasa nak makan itu ini, nak main itu ini, abah terus beli. Abang dengan okak dulu, nak mintak beli dora pun tak berani tau! Uhhh. Tapi, sekarang bila dah besar semua kehendak anak-anak abah buat. Kalau aku dan abang balik cuti semester, abah pun kalut nak mintak cuti kerja jugak. Dan siap beli macam-macam sebab nak sambut kitorang balik. *terharu.

Sekarang ni bila dah besar, kita boleh fikir kenapa abah buat macam tuu. Dah memang tuu cara abah mendidik. Kalaulah abah tak marah-marah kat aku dengan abang macam dulu takdenye lah, aku dengan abang jadi macam sekarang ni. Mesti aku dah jadi tomboykan dan jadi minah kawasan. Tak pun KL gangster ker?. Haha. Dah start mengarut!


Last but not least, Happy Father's Day to abah and all abahs out there. We love you sooooo much. :D

p/s : Kutipan Filem KL gangster sekarang pun dah nak 
cecah  RM 11 juta. Hebat woo. 
Menangis lagilah si syamsul yusuf bila dapat anugerah nanti. Tehee.

Behind every successful man, they each have a journey to share. Find out their story.

Saturday, June 18, 2011

eclipse dan thermo!

Okayy, lama tak update blog sebab pengsan yang terlalu lama akibat daripada entry yang lepas. Alasan yang sangat tak masuk akal untuk tak update blog. Haha.

Eh, eh, lupa nak tanya. Haritu masa gerhana bulan, korang berkesempatan tak tengok?. Aku sebenarnya sangat excited untuk melihat fenomena-fenomena macam ni. Tapi, haritu takde rezeki nak tengok sebab Kuantan baru lepas hujan. Lebih kurang jam 2.3o pagi aku, As dan Wani duk pusing-pusing kat sekitar blok asrama cari bulan. Punyalah excited kan?. Hehe. Malangnya, bukan rezeki kami nak tengok eclipse tuu. Takpelah. Setidak-tidaknya Allah dah turunkan rezeki hujan pada malam tuu dan membersihkan bumi daripada dosa-dosa manusia. Hurm.

Minggu depan pulak dah start test dua thermodynamics. Sangat-sangat cuak. Dah laa test satu hari tuu dapat markah lebih kurang jer. Sangat sedih. Dah tuu macam mane nak kahwin kalau thermo pun taley nak dapat A?. Err, jadah?. Memang takde kaitan. Haha. Kalau nak tunggu thermo dapat A baru nak kahwin, sampai bila-bila pun tak kahwin gamaknya. Grr!

Okayy, tamo tamo. Tarik balik. Keh keh keh. ^^v

Tuesday, June 14, 2011