Tuesday, June 12, 2012

bola punya pasal

Musim bola kembali lagi. Pastinya seperti tahun-tahun yang sudah, akan kedengaran gamat suara manusia berteriakan. Bersorak. Tak kurang juga dengan sumpah seranah. Masing-masing taksub dengan pasukan pilihan masing-masing. Yang paling tak best ialah apabila ada yang jadi lalang. Tapi, selalunya yang lalang ni perempuan. Sebab mereka tengok pemain. Bukan tengok bola. Haha. Ini hanyalah daripada kaca mata aku sahaja. Dan untuk pengetahuan, aku sendiri pun tak tengok bola. Tak reti nak layan. Tahniah kepada gadis-gadis di luar sana yang mampu layan bola, berjaga dua tiga empa lima pagi. Respek. Kemain guna perkataan gadis. Haha. Never mind lah. Asalkan merujuk kepada spesis homo sapiens yang sama.

Kawan-kawan perempuan aku sendiri pun tak kurang hebatnya. Hari-hari post status pasal bola kat facebook. Team mana yang menang, siapa yang sumbat gol, dan seumpamanya. Hebat. Kalau lelaki tak kesah lah kan sebab lelaki selalunya mesti akan tengok. Dan abnormal pulak rasanya kalau lelaki tak tengok bola. Pernah dulu ada kawan baik masa matrik, selalu bercerita pasal bola kat aku. Pernah juga dia kejut dua tiga pagi suruh bangun layan. Tapi, jadah aku nak bangun. Ketika waktu itu, selimut dengan manusia ibarat isi dengan kuku. Tak boleh pisah. Lama-lama, dia dah fedap. Dah tak kedengaran lagi bunyi mesej dia masuk membelah keheningan malam. Membazir kreditnya katanya. Haha.

Macam biasa adik lelaki aku pun tak lepas dari bola. Minat betul dia dengan bola walhal masih lagi bersekolah rendah. Ada satu masa tuh, kalau tak silap waktu dia darjah empat. Peluk abah ketat-ketat dan minta untuk dibelikannya jersi. Barcalona kalau tak silap. Sebelum tuh dah ada MU.  Beli saja-saja. Lalang jugak budak nieh. Tak berapa nak hardcore lagilah kan dengan pasukan yang dia minat. Yelah, anak bongsu si abah ikutkan sahaja.

Usai beli, terus dipakainya. Excited. Macam biasa petang-petang budak-budak seusianya pasti akan berkumpul. Main bola. Tapi, petang itu sedikit sunyi. Kalau tak seawal jam lima sudah galak dengar gegak gempita suara mereka. Aku pelik. Tanya adik.

'Adik, betul ke dorang main hari ni? Takde bunyi bising pun? Tak main kot'

'Aish, mana boleh tak main. Mesti adanyelah kak. Semangat ni. Tak sampai lagilah tuh. Saya pergi padang dulu. Babai'. Katanya semangat. Yakin. Tak sabar nak menunjuk jersi baru katanya. Heh.

Sepuluh minit berselang, bunyi gegak gempita, ketuk-ketuk tin, masih lagi tak kedengaran. Tapi yang ada hanya bunyi kecil batu berketuk. Biasalah budak-budak perempuan. Main pondok-pondok. Tengah tumbuk bawang la kot. Aku bermonolog sendirian. Lantas, apabila daun pintu dibuka, kelihatan satu susuk kecil sangat aku kenali tengah menumbuk sayur.

'Kalau yer pun, pergilah tukar baju dulu. Malunya pakai jersi tumbuk sayur'.

Yang pasti, ayat tu tak sempat habis. Tersekat di kerongkong. Hanya gelak berdekah jer yang keluar tanpa henti. 


Wednesday, June 6, 2012

kalutt

Sekarang dah start final exam. Alhamdulillah dah habis tiga paper.  Ada dua lagi bakal menyusul. Yang dah lepas, dua paper tiga kredit yang ntah jadah apa  aku jawab; dan satu lagi baru lepas tadi. Paper 2 kredit. Tapi soalannya, kemain boleh tahan. Nak taraf-taraf tiga kredit jugak. Heh.

Hari ni tak tahu kenapa, jadi kelam kabut semacam. Pagi-pagi lagi dah bersiap nak pergi exam tanpa sedar yang sebenarnya paper unit operation start pukul 2.30 petang. Nasib tak pergi jer dewan dah berebut tempat duduk dengan calon lain. Malu eden.  Terus lari masuk bilik gelak kuat-kuat. Haha.

Tengaharinya pulak, waktu nak bersiap-siap pergi exam, entah macam mana tangan boleh teraktif dengan tiba-tiba.  Terketis cawan air neslo pulak. Gedebuk! Banjirrrr. Stress giler. Dah lah bersiap lambat. Tak sempat nak lap betul-betul. Letak-letak tisu jer. Rasa bersalah dengan rumate. Terus minta maaf banyak-banyak dan janji nak mop lepas exam nanti.

Dengan buku-buku nota sekali dapat bahana air neslo. Nasib slip exam dapat diselamatkan. Pencil case pun parah jugak. Lap-lap masa on the way jalan, dan redha jer bawak masuk dewan. Nasib tak lekat sangat warna air neslo tuh. Tapi, bau neslo boleh tahanlah. Yang pasti, tak seronok menulis tadi sebab pen rasa lekit-lekit. Belengas. Sigh.

Tak tahu kenapa kalut sangat hari ni. Mungkin salah satunya gara-gara belajar last minute. Tapi aku, kalau study awal-awal, problem dengan short term memory pulak. So, guane ni bro?.