Kawan-kawan perempuan aku sendiri pun tak kurang hebatnya. Hari-hari post status pasal bola kat facebook. Team mana yang menang, siapa yang sumbat gol, dan seumpamanya. Hebat. Kalau lelaki tak kesah lah kan sebab lelaki selalunya mesti akan tengok. Dan abnormal pulak rasanya kalau lelaki tak tengok bola. Pernah dulu ada kawan baik masa matrik, selalu bercerita pasal bola kat aku. Pernah juga dia kejut dua tiga pagi suruh bangun layan. Tapi, jadah aku nak bangun. Ketika waktu itu, selimut dengan manusia ibarat isi dengan kuku. Tak boleh pisah. Lama-lama, dia dah fedap. Dah tak kedengaran lagi bunyi mesej dia masuk membelah keheningan malam. Membazir kreditnya katanya. Haha.
Macam biasa adik lelaki aku pun tak lepas dari bola. Minat betul dia dengan bola walhal masih lagi bersekolah rendah. Ada satu masa tuh, kalau tak silap waktu dia darjah empat. Peluk abah ketat-ketat dan minta untuk dibelikannya jersi. Barcalona kalau tak silap. Sebelum tuh dah ada MU. Beli saja-saja. Lalang jugak budak nieh. Tak berapa nak hardcore lagilah kan dengan pasukan yang dia minat. Yelah, anak bongsu si abah ikutkan sahaja.
Usai beli, terus dipakainya. Excited. Macam biasa petang-petang budak-budak seusianya pasti akan berkumpul. Main bola. Tapi, petang itu sedikit sunyi. Kalau tak seawal jam lima sudah galak dengar gegak gempita suara mereka. Aku pelik. Tanya adik.
'Adik, betul ke dorang main hari ni? Takde bunyi bising pun? Tak main kot'
'Aish, mana boleh tak main. Mesti adanyelah kak. Semangat ni. Tak sampai lagilah tuh. Saya pergi padang dulu. Babai'. Katanya semangat. Yakin. Tak sabar nak menunjuk jersi baru katanya. Heh.
Sepuluh minit berselang, bunyi gegak gempita, ketuk-ketuk tin, masih lagi tak kedengaran. Tapi yang ada hanya bunyi kecil batu berketuk. Biasalah budak-budak perempuan. Main pondok-pondok. Tengah tumbuk bawang la kot. Aku bermonolog sendirian. Lantas, apabila daun pintu dibuka, kelihatan satu susuk kecil sangat aku kenali tengah menumbuk sayur.
'Kalau yer pun, pergilah tukar baju dulu. Malunya pakai jersi tumbuk sayur'.
Yang pasti, ayat tu tak sempat habis. Tersekat di kerongkong. Hanya gelak berdekah jer yang keluar tanpa henti.
Yang pasti, ayat tu tak sempat habis. Tersekat di kerongkong. Hanya gelak berdekah jer yang keluar tanpa henti.
No comments:
Post a Comment