Tuesday, October 25, 2011

Kenangan bersama padayappa..

Kalau nak diikutkan dulu-dulu filem tamil adalah filem yang paling aku boleh layan. Tapi, selalunya heroin dalam filem ni memang tak ada masalah. Kalau yang cun tuu memang cun habis. Yang tak best kadang tuu ialah hero. Kebanyakkannya ialah jenis  stok-stok yang berbulu-lebat-di-muka-mahupun-di-dada. Haha. Tapi, tak apa sebab jalan cerita dan jadi penguat filem, maka muka ada bulu ke tak ada bulu ke kira tolak tepi. 

Dalam filem tamil, antara part yang paling best ialah masa menari. Mesti nak kena tukar sari sampai empat atau lima pasang dalam satu-satu lagu. Kadang tuu nyanyi golek-golek turun bukit pun boleh tukar sampai 3 pasang baju. Memang feel habis. Tapi, aku layan woo. *serius*

Lagi satu kelebihan filem tamil ialah hero dia kuat. Kalau setakat hero sorang lawan empat belas orang musuh tak ada ape lah. Hero yang mati kena tembak pun boleh bangun balik kalau tetiba dengar heroin menjerit panggil nama dia. Memang kena tipu hidup-hidup. Tapi, part ni lah yang akan buat mata aku bulat sebab kagum dengan hero yang menjadi gagah perkasa dengan tiba-tiba. 

Antara hero filem tamil yang paling diingati ialah Rajnikanth. Start kenal dari filem Padayappa lah. Kalau part dia libas kain kat atas bahu die tuu memang zupp zapp zapp bunyi sound effect gitu. Okey, ni  duk terngiang-ngiang kat dalam kepala otak aku sekarang siap ngan lagu tema. Haha. Memang hebat penangan Rajnikanth dalam filem ni. Padayappaa..~

pakcik Rajnikanth, nak saen

Tapi, filem tamil dulu-dulu langsung tak sama dengan filem-filem baru yang main kat tb sekarang. Tak macam filem sekarang yang macam dah kebaratan sikit. Tak syokk ahh. Kalau tarian jer mesti nak kena ada part-part yang menggiurkan dan mencolok mata serta anak tekak. Heh! Alah, tak perlu tengok filem luar. Filem melayu sekarang pun dah banyak mcam tuh. Dan yang bertambah malu ialah kita ISLAM okeh. 

Dunia oh dunia.

nota kaki: dalam kepala sekarang duk ingat kat rentak filem padayappa jer ni. Ahh, sudah! padayappaa..~





1 comment:

FarhanahAdzlan said...

hahaha..memang tau xpe..last2 xyah tngok..=)