Wednesday, October 12, 2011

interview ?! wow!

tadi pergi interview. tapi, bukan lah interview yang besar-besar macam nak dapat kerja atau pun scholarship tapi, interview yang hanyalah sekadar nak memenuhi silibus di dalam subjek project based on proposal writing. tapi, interview yang macam ni pun dah mampu aku tak senang duduk. apatah lagi di tambah dengan waktu interview yang sering ditunda-tunda menyababkan kenervoussan itu semakin membuak-buak hari demi hari. 

bajet nak amik lecturer punya research sebab konon nak proceed tajuk yang sama sampai untuk projek PSM nanti. tajuknya the effect of ultrasound on the enzymatic hydrolysis of soluble cellulose. memang more on biotechnology field. selama ni buat projek banyak based on industry scale macam the production ethanol, sulphuric acid etc etc macam tuu jer. jadi, bahananya sendiri mahu tanggunglah. sebabnya terpaksa research balik apa itu enzyme, hydrolysis process,  function of cellulose and so on. mahu berasap jugak la kot kepala otak sebab memang dah tiga tahun lebih tinggal segala menda terms tuu. benda yang belajar semalam pun aku boleh hilang ingatan patah lagi tiga tahun dulu. heh.

macam mane pun, the positive side is secara tak langsung aku dah masuk bawah skop bioteknologi dan tahu banyak benda dalam bidang ni. "tak semestinya you budak pure tak boleh amik tajuk biotehcnology. besides, it is only on the surface of biotech". kata dr ziad bila ada student yang mengeluh-ngeluh sebab tajuk macam dah lari sikit dengan bidang. however he is correct because the biotechnology process is only more or less about 10 percent of the field while the rest is still the same, including the process, the application. and of course i found that this topic is really quite interesting to explore.^^  

tadi masa interview, yang sepatutnya jadi interviewer telah pun bertukar baton menjadi interviewee. walaupun sudah berulang-ulang kali diingatkan bahawa kami as student yang akan jadi interviewer sebab kami baru nak start belajar-belajar buat proposal untuk PSM tapi, dia tak amik pusing.

mahu terpercik jugaklah peluh jantan apabila ditanya tentang ultrasound, about the process involved, the application in industry dan segala benda. nak gebang lebih-lebih pun tak boleh sebab tuan empunya yang conduct research tu ada kat depan mata. tengah duk galak tanya soalan. memang terasa tergeliat lidah nak define terms tuu satu persatu. ditambah pula dengan isteri beliau yang tersayang duduk di sebelah menunduk menekan-nekan kalkulator membuat kerjanya sendiri. caranya macam tak mahu masuk campur dalam sesi ni. biarlah suami die jer yang setelkan.

tapi aku kira dia juga memasang telinga mendengar penerangan aku tadi sebab dia pun turut serta masa buat research menda alah ni. mereka sama-sama buat research waktu study kat New Zealand dulu. so, sweeeettt. haha. mesti dia pun rasa macam aku ni cakap ntah apa-apa. ntah apa kejadah laa budak ni mengarut. katanya dalam hati. hmm. mungkin.

dan bila dah habis interview, rasa lega sangat-sangat. sebabnya dah banyak hari tertangguh-tangguh. sekarang just nak proceed jumpa lecturer project proposal dan summarisekan segala interview. alhamdulillah setel satu menda. sekaraang ni pun dah start balik rutin harian bila mana segala assignment dan project berebut-berebut untuk diberi perhatian dan di belai semahunya. mengada haih! 

1 comment:

Hashimanor said...

like entry ni...segala asgnment plus intgrated project segala itu mmg sangat mengada2,menyusahkan kena baca segala journal yg pnjang nye berjela jela,lepas tu kene interprate information itu information ini,balik pada buku meb,belek belek cari cari macam mana nak kira!sakit2!