Friday, July 15, 2011

meraban lagi

Rezeki Allah adalah sangat luas tanpa ada sempadan dan hadnya di langit mahu pun di bumi. Orang bagi big apple, REZEKI.  Hujan turun siang dan malam. REZEKI. Dapat sedut oksigen tiap-tiap hari. REZEKI. Duit dari nuffnang baru rm 4.00 dan tak naik-naik dari tahun lepas lagi. REZEKI. Dapat tawaran UPU. REZEKI. Ada orang kasi RM 50 sebab rosakkan buku kita. REZEKI. Ternampak cleavage awek seksi. REZEKI.

Jadi, kenapa kita nak sakit hati ataupun rasa buttheart apabila satu rezeki kita ditarik. Mungkin Allah sengaja hendak menguji kesabaran dan kekuatan iman kita. Kadang-kadang Dia memang sengaja tarik balik dan tak nak bagi apa yang kita mintak sebab Dia lagi tahu apa yang terbaik buat hidup kita. 

Contohnya aku sendiri. Dulu-dulu masa mintak upu, aku punyalah pilih kos yang tiada kaitan langsung dengan kira-kira. Sebabnya aku dah serik dengan subjek Additional Mathematics. Masa kat sekolah dulu, time exam, aku pernah dapat 11%  jer ko tahu. -.-"

Tapi, hakikatnya sekarang aku tengah belajar kos engineering. Engineering adalah satu salah satu kos yang memerlukan skill differentiate sebanyak tujuh lapan kali dan integrate sebanyak empat lima kali baru dapat jawapan akhir. Betul salah belakang kira. Tu baru yang linear. Kalau suruh buat simultaneous, kuasa 3, kuasa 8, kuasa berganda-ganda? Pastu siap ada constant k, constant x, tambah simbol pelik-pelik lagi?. Dan dah menjadi satu perkara biasa apabila tak dapat cari sampai jawapan akhir. 

Kesimpulannya, jangan cepat mengeluh dan putus asa bila kita tak dapat apa yang kita nak sebabnya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Bak kata Maher Zain;

 "Don't despair and never loose hope. Cause ALLAH is always by your side.
INSYAALLAH, INSYAALLAH, INSYAALLAH,
You'll find your wayyyyyy..."

p/s: ayat intro ngan isi entri memang lari beribu meter! sekian.  


Thursday, July 14, 2011

Tiket; ohh!

Sekarang adalah saat-saat yang paling aku tak suka. Kononnya nak habiskan program dulu lah kan baru nak balik rumah.

Alih-alih, program cancel last minit. Atas alasan kesulitan yang tidak dapat dielakkan. Heh!. Dan aku tak beli tiket balik rumah lagi tahu tak.Cari tiket sana sini, semua dah habis. Habis tuu, macam mana nak balik rumah ni?.

Mak, orang nak balik. Tak nak dah duduk sini. Letihh. Sampai hati mereka buat anak mak macam ni.Uhukk.

ps: Telefon rumah, mak cakap ada surprise. Mintak-mintak ada lelaki kaya masuk meminang. T____T

Wednesday, July 13, 2011

Thursday, July 7, 2011

Merepek meraban.

Ahh, dah nak final. Lagi tiga hari tahu tak. TIGA hari. Tapi, aku buat macam lagi tiga minggu.

Bukannya perasaan nak study tu takde. Ada. Memang ada. Malah membuak-buak. Tapi, sayangnya terlalu banyak kekangan. Lebih-lagi mata yang sentiasa mencemburui otak. Baru guna otak lima minit, mata pun dah mula start mogok. Tak nak kalah dengan otak. Masih nak bermanja-manja mintak didodoikan.

Arghhh.

Jadi, macam biasa konsep "take five" dipraktikkan. Bukak laptop kejap. Kejapppp jer. Nak dapatkan ilham kononnya. Heh.

Bukak FB. Jadi stalker.

"Wow, hot story. Bila dorang kapel?."
" Eh, siap pergi holiday lagi tuu. Tengok gambar jap." Terus right klilk.
"Patutlah cantik, model rupanya." Right klik lagi.

Klik situ.

Klik sini.

Klik sinun.

Tengok jam kat laptop dah 1.3o am. Arghhh. Tak study lagi malam ni. Marah dengan diri sendiri. Terus naik katil dengan harapan esok akan bangun bersama dengan semangat yang baru.

Bukan janji pastinya! Adoii.