Friday, July 15, 2011

meraban lagi

Rezeki Allah adalah sangat luas tanpa ada sempadan dan hadnya di langit mahu pun di bumi. Orang bagi big apple, REZEKI.  Hujan turun siang dan malam. REZEKI. Dapat sedut oksigen tiap-tiap hari. REZEKI. Duit dari nuffnang baru rm 4.00 dan tak naik-naik dari tahun lepas lagi. REZEKI. Dapat tawaran UPU. REZEKI. Ada orang kasi RM 50 sebab rosakkan buku kita. REZEKI. Ternampak cleavage awek seksi. REZEKI.

Jadi, kenapa kita nak sakit hati ataupun rasa buttheart apabila satu rezeki kita ditarik. Mungkin Allah sengaja hendak menguji kesabaran dan kekuatan iman kita. Kadang-kadang Dia memang sengaja tarik balik dan tak nak bagi apa yang kita mintak sebab Dia lagi tahu apa yang terbaik buat hidup kita. 

Contohnya aku sendiri. Dulu-dulu masa mintak upu, aku punyalah pilih kos yang tiada kaitan langsung dengan kira-kira. Sebabnya aku dah serik dengan subjek Additional Mathematics. Masa kat sekolah dulu, time exam, aku pernah dapat 11%  jer ko tahu. -.-"

Tapi, hakikatnya sekarang aku tengah belajar kos engineering. Engineering adalah satu salah satu kos yang memerlukan skill differentiate sebanyak tujuh lapan kali dan integrate sebanyak empat lima kali baru dapat jawapan akhir. Betul salah belakang kira. Tu baru yang linear. Kalau suruh buat simultaneous, kuasa 3, kuasa 8, kuasa berganda-ganda? Pastu siap ada constant k, constant x, tambah simbol pelik-pelik lagi?. Dan dah menjadi satu perkara biasa apabila tak dapat cari sampai jawapan akhir. 

Kesimpulannya, jangan cepat mengeluh dan putus asa bila kita tak dapat apa yang kita nak sebabnya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Bak kata Maher Zain;

 "Don't despair and never loose hope. Cause ALLAH is always by your side.
INSYAALLAH, INSYAALLAH, INSYAALLAH,
You'll find your wayyyyyy..."

p/s: ayat intro ngan isi entri memang lari beribu meter! sekian.  


3 comments:

Nur Yana said...

i love this entry!! betol2..

HEROICzero said...

saya tak suka differentiate dan intergrate itu . dan mengapakah engineering sebegitu kejam.

T________________________T

dendelion said...

suka entry ini .hehe