Monday, March 28, 2011

Sebab Amygdala dier kecik!

Claustrophobia adalah salah satu penyakit yang mana seseorang itu sangat takut untuk berada di tempat-tempat sempit seperti berada di tempat yang sesak dengan orang ramai, di dalam kereta, terowong, lif dan sebagainya. Mungkin mereka trauma kerana dulu-dulu pernah terperangkap kat tempat sempit macam tuu.

Opposite kepada clautrophobia ialah claustrophilia. Contoh yang terdekat pengidap clautrophobia ialah Hyun Bin dalam drama Secret Garden. Dekat laa sangat! Dekat di hati buleh?. Haha.

Dalam drama ni, Hyun Bin memegang watak sebagai Kim Joo Won yang mengidapi claustrophobia. Bak kata As, Hyun Bin sampai sanggup kurangkan beratnya lebih kurang 8 kilogram semata-mata untuk nampak real yang dia betul-betul sakit dalam drama Secret Garden tuh. Giler la! Boleh mintak tips ni. Isk isk. Ni lah poster drama tuh.

Ehh, silap silap! Ni gambar kawen Dr SMS dengan Dr Halina
teheeeee..

Ha, ni baru betul poster Secret Garden.
Ehhh?.. -_-"

Setiap otak manusia mempunyai amygdala yang berfungsi untuk mengawal perasaan takut ataupun 'fight-or-flight response'. Tapi, bagi mereka yang clautrophobia ini, amygdala mereka mengalami 'autonomic failure' hingga menyebabkan otak mengekspresskan perasaan takut dengan terlalu banyak hingga boleh menyebabkan 'panic attacks'. Selalunya amygdala mereka bersaiz lebih kecil berbanding manusia normal. Sumpah tak berani nak translatekan segala terms tu. Sigh.

Dianggarkan dalam dunia ni, hanya 5-7% sahaja penduduk yang menghidapi fobia kepada tempat sempit ni. Masa aku search pasal penyakit fobia ni, terjumpa blog Yeptirani. Clautrophobia beliau boleh dikatakan agak kritikal jugak laa. Even tengok gambar gua pun dia boleh rasa sesak nafas apatah lagi berada kat dalam tempat sempit macam dalam lif macam scene Secret Garden kat bawah ni.




Tengok! da sesak nafas..

Kesian kan. Bagi mereka yang ada penyakit ni memang tak akan dapat rasa nikmat betapa seronoknya main lif waktu kecik-kecik dulu. Hehe.

2 comments:

faeizx said...

gambar yang bawah 2 xleh blah..haha..cm terseksa sngt 2..haha

pingu_kecik said...

haha..betullah, memang macam tuu..
kesian kot kalo ade penyakit macam ni..