Friday, September 28, 2012

Wednesday, September 12, 2012

Karakter baru dalam hidup aku

Baru seminggu tinggalkan loji. Tapi, hari ni tak tahu kenapa tiba-tiba rindu kat kawan-kawan praktikal dengan pekerja kat sana. 3 bulan praktikal di Loji Rawatan Air Chicha memang tak terasa apa. Seronok sangat.

Mula-mula ye lah kan segan bukan main. Tapi, lama-lama tuh dah boleh duduk gelak berdekah dan makan sekali ngan dorang. Kacau air gula dah jadi rutin harian. Maklumlah perempuan tunggal dalam loji. Nasib baik dorng cakap air aku sedap. Kalau tak mau jatuh saham. Haha.

Sebulan lepas tuh masuk lagi kawan baru. Semua sekali budak praktikal dah jadi lima orang. Memang sangat meriah. So, bertambahlah karakter baru yang aku kenal sepanjang praktikal.

Iela datang, baru ada teman bergosip. Iela cantik. Selalu jadi bahan usikan pakcik-pakcik gelenyar. Sian Iela. Kitorang dah jadi macam belangkas. Selalu berkepit. Kadang-kadang, Tehah datang lawat loji. Anak datuk. Tapinya roti canai 80 sen pun berkira bukan main. Mahal katanya. Dia tak diajar hidup mewah. Seronok kawan dengan Tehah. Selalu pecah perut kalau borak dengan dia.

Amin pulak si tinggi lampai macam galah. Terasa kerdilnya diri kalau berdiri sebelah dia. Kalau gelak mau bergegar satu loji. Suka melalut tak tentu pasal. Banyak jer idea kalau bercerita. Borak dengan dia, sampai ke malam pun tak sudah. Haha. 

Syah pulak muka matang bukan main. Masa mula-mula lapor diri, aku pergi jumpa dia. Bukan main ingatkan dia tuh staf. Rupanya trainee jugak. Dia budak baik-baik. Tak berani nak kacau dia sangat sebab dia pemalu. Tapi, selalu kena buli beli nasi kat aku. Nasib baik dia okey. Kalau tak ada dia memang berlapar lah kan aku. Ikat perut. Haha.

Mat pulak si pembersih. Pagi-pagi bila aku sampai, dia dah start pegang penyapu. Kadang tuh segan dengan dia sebab cermat sangat. Dia kan, lepas buat kerja terus lap. Tak boleh sepah-sepah. Kalau makan, even jatuh serbuk sikit pun terus kutip. Laptop aku jadi bersih pun gara-gara dia yang cucikan. Kalah perempuan. Kadang tuh aku pulak yang jadi malu dengan diri sendiri. Hurm.

Staf kat sana pun happening semuanya. Dari penyelia sampailah ke pembantu operasi. Meran, Abe Min, Abe Mie, Abe Zack, Abe Pi, Apih, Wan, Lukme, Mat Yo, dan juga Sapik (even die selalu ponteng kerja). Haha. Best-best semuanya. Sangat sporting dan tak pernah berkira langsung dengan kitorang dan dah anggap macam kawan-kawan sendiri. Best sangat-sangat.

Banyak benda-benda baru yang aku belajar kat loji. Pasal nak rawat air, pasal kawan-kawan, pasal konflik kerja, pasal tips nak cari teman hidup dan macam-macamlah. Dari A sampai Z kitorang bercerita. Kongsi pengalaman. 

Itu kot yang membuatkan aku rasa macam seronok sangat berpraktikal kat sana walaupun ada kalanya kitorang bosan sampai menggelupur tak sabar nak balik. HEHE.




Tuesday, June 12, 2012

bola punya pasal

Musim bola kembali lagi. Pastinya seperti tahun-tahun yang sudah, akan kedengaran gamat suara manusia berteriakan. Bersorak. Tak kurang juga dengan sumpah seranah. Masing-masing taksub dengan pasukan pilihan masing-masing. Yang paling tak best ialah apabila ada yang jadi lalang. Tapi, selalunya yang lalang ni perempuan. Sebab mereka tengok pemain. Bukan tengok bola. Haha. Ini hanyalah daripada kaca mata aku sahaja. Dan untuk pengetahuan, aku sendiri pun tak tengok bola. Tak reti nak layan. Tahniah kepada gadis-gadis di luar sana yang mampu layan bola, berjaga dua tiga empa lima pagi. Respek. Kemain guna perkataan gadis. Haha. Never mind lah. Asalkan merujuk kepada spesis homo sapiens yang sama.

Kawan-kawan perempuan aku sendiri pun tak kurang hebatnya. Hari-hari post status pasal bola kat facebook. Team mana yang menang, siapa yang sumbat gol, dan seumpamanya. Hebat. Kalau lelaki tak kesah lah kan sebab lelaki selalunya mesti akan tengok. Dan abnormal pulak rasanya kalau lelaki tak tengok bola. Pernah dulu ada kawan baik masa matrik, selalu bercerita pasal bola kat aku. Pernah juga dia kejut dua tiga pagi suruh bangun layan. Tapi, jadah aku nak bangun. Ketika waktu itu, selimut dengan manusia ibarat isi dengan kuku. Tak boleh pisah. Lama-lama, dia dah fedap. Dah tak kedengaran lagi bunyi mesej dia masuk membelah keheningan malam. Membazir kreditnya katanya. Haha.

Macam biasa adik lelaki aku pun tak lepas dari bola. Minat betul dia dengan bola walhal masih lagi bersekolah rendah. Ada satu masa tuh, kalau tak silap waktu dia darjah empat. Peluk abah ketat-ketat dan minta untuk dibelikannya jersi. Barcalona kalau tak silap. Sebelum tuh dah ada MU.  Beli saja-saja. Lalang jugak budak nieh. Tak berapa nak hardcore lagilah kan dengan pasukan yang dia minat. Yelah, anak bongsu si abah ikutkan sahaja.

Usai beli, terus dipakainya. Excited. Macam biasa petang-petang budak-budak seusianya pasti akan berkumpul. Main bola. Tapi, petang itu sedikit sunyi. Kalau tak seawal jam lima sudah galak dengar gegak gempita suara mereka. Aku pelik. Tanya adik.

'Adik, betul ke dorang main hari ni? Takde bunyi bising pun? Tak main kot'

'Aish, mana boleh tak main. Mesti adanyelah kak. Semangat ni. Tak sampai lagilah tuh. Saya pergi padang dulu. Babai'. Katanya semangat. Yakin. Tak sabar nak menunjuk jersi baru katanya. Heh.

Sepuluh minit berselang, bunyi gegak gempita, ketuk-ketuk tin, masih lagi tak kedengaran. Tapi yang ada hanya bunyi kecil batu berketuk. Biasalah budak-budak perempuan. Main pondok-pondok. Tengah tumbuk bawang la kot. Aku bermonolog sendirian. Lantas, apabila daun pintu dibuka, kelihatan satu susuk kecil sangat aku kenali tengah menumbuk sayur.

'Kalau yer pun, pergilah tukar baju dulu. Malunya pakai jersi tumbuk sayur'.

Yang pasti, ayat tu tak sempat habis. Tersekat di kerongkong. Hanya gelak berdekah jer yang keluar tanpa henti. 


Wednesday, June 6, 2012

kalutt

Sekarang dah start final exam. Alhamdulillah dah habis tiga paper.  Ada dua lagi bakal menyusul. Yang dah lepas, dua paper tiga kredit yang ntah jadah apa  aku jawab; dan satu lagi baru lepas tadi. Paper 2 kredit. Tapi soalannya, kemain boleh tahan. Nak taraf-taraf tiga kredit jugak. Heh.

Hari ni tak tahu kenapa, jadi kelam kabut semacam. Pagi-pagi lagi dah bersiap nak pergi exam tanpa sedar yang sebenarnya paper unit operation start pukul 2.30 petang. Nasib tak pergi jer dewan dah berebut tempat duduk dengan calon lain. Malu eden.  Terus lari masuk bilik gelak kuat-kuat. Haha.

Tengaharinya pulak, waktu nak bersiap-siap pergi exam, entah macam mana tangan boleh teraktif dengan tiba-tiba.  Terketis cawan air neslo pulak. Gedebuk! Banjirrrr. Stress giler. Dah lah bersiap lambat. Tak sempat nak lap betul-betul. Letak-letak tisu jer. Rasa bersalah dengan rumate. Terus minta maaf banyak-banyak dan janji nak mop lepas exam nanti.

Dengan buku-buku nota sekali dapat bahana air neslo. Nasib slip exam dapat diselamatkan. Pencil case pun parah jugak. Lap-lap masa on the way jalan, dan redha jer bawak masuk dewan. Nasib tak lekat sangat warna air neslo tuh. Tapi, bau neslo boleh tahanlah. Yang pasti, tak seronok menulis tadi sebab pen rasa lekit-lekit. Belengas. Sigh.

Tak tahu kenapa kalut sangat hari ni. Mungkin salah satunya gara-gara belajar last minute. Tapi aku, kalau study awal-awal, problem dengan short term memory pulak. So, guane ni bro?.


Sunday, May 27, 2012

Buat sahabatku

Aku tak nak tengok semangat kau rapuh macam ni. Aku nak kau yang dulu-dulu. Yang sentiasa ceria. Yang sentiasa happening. 

InsyaAllah, setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Jangan putus asa dengan dugaanNYA. Mungkin kali ini kau diuji. Mungkin esok lusa tiba waktunya aku dan mereka juga akan diuji. 

Pasti aku dan mereka akan doakan yang terbaik buat kau. Just get well soon okey.


Bertabahlah!