Friday, February 22, 2013

Trilogi Pahlawan Sunan

Buat pertama kalinya dalam hidup aku beli novel. Selama ni pinjam jer kat orang sebabnya harga sebuah novel bukannya murah. Nak-nak lagi aku bukan pembaca tegar novel. Jadi, aktiviti meminjam novel dengan kawan-kawan yang comel yang lagi baik hati sudah memadai. Kadang-kadang pinjam library. Tapi, selalunya mesti tak habis baca. Kekangan masa kononnya. Cehh.

Disebabkan dapat baucer buku, hari ni aku pi borong novel Ramlee Awang Murshid. Sebabnya kan hari tuu ada terbaca artikel kat facebook yang cerita pasal bangsa Polip. Bangsa yang diciptakan Allah sebagai khalifah muka bumi sebelum manusia yakni Nabi Adam dan telah dimusnahkan akibat maksiat yang mereka lakukan. Wallahualam. 

Terbaca satu komen ni tulis Ramlee Awang Murshid pernah cerita pasal bangsa ni dalam salah satu novel dia. Maka, google punya google keluarlah keyword pahlawan Sunan. Seorang watak sewaktu abad ke 15. Seorang laksamana yang sangat merendah diri dan kecintaan yang tiada tolok bandingnya kepada Sang Pencipta.

Kalau nak tahu keseluruhan cerita pasal Pahlawan Sunan kena beli trilogi novel nie. Lepas baca pendapat orang, rupanya sangat ramai yang berpuas hati dengan trilogy novel Pahlawan Sunan nie. Sampaikan ada yang ingat cerita ni memang ada dalam sejarah. Hebat woo.


Hamek kau. Sampai 4 novel Ramlee Awang Murshid aku borong. Kisah Pahlawan Sunan ni start dari 'Bagaikan Puteri', 'Cinta Sang Ratu', 'Hijab Sang Pencipta', 'Cinta Sufi', 'Sutera Bidadari' dan last sekali 'Sunan Musafir'. Tapi, cinta sufi dengan sunan musafir takde pulak kat kedai auntie tadi. So, borong jer ape yang ada. Nanti cari lain. Kalau nak faham cerita mestilah kena baca dari awal yer dok.

Gigih betul. Heh.


Wednesday, January 16, 2013

jangan malas-malas; nanti jadi lagi malas

Hampir seminggu lepas submit final report psm. Tak tahu kenapa jadi sangat malas macam ni. Nak buat slide untuk presentation pun malas. Padahal hanya ctrl+c dan ctrl+v jer dari report. Pergi masjid; masa tazkirah maghrib, kebetulan ustaz tafsir surah Al-Insyirah. Tersentap dengat ayat ketujuh surah ni.

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ 
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. (94:7)

Sepatutnya kita kena terus menerus buat kerja. Kalau tak, memang padanlah dapat penyakit malas macam ni. He's the one who knows His creation well.

Sunday, January 13, 2013

Langit tak selalunya cerah. kadang mendung dan hujan juga. sampai satu tahap boleh banjir.

Selalunya bila aku online facebook, page yang wajib dan mesti aku bukak adalah Dunia Kucing. Sebabnya, kat sini sangat ramai peminat-peminat tegar kucing yang post aksi-aksi comel si bulus dorang. Aksi si bulus duk makan, duk menggedik dan tak kurang jugak dengan aksi duk meneran. Yang ni memang tak senonoh. Haha.

Kadang-kadang ada jugak yang berkongsi masalah dan info-info pasal kucing. Memang sangat-sangat menarik. Nak nak lagi aku juga merupakan salah seorang peminat tegar si comel ni. Tapi hari ni, ada satu post dari ahli DK yang boleh buat aku mengucap panjang.

URGENT!!!!
saya memerlukan duit untuk rawatan kucing ini...saya dh bwk ke klinik td dn agk mhl la prubtn dia,dn setiap seminggu kmi kna pergi ambik ubt untuk dia...memandangkan saya pelajar, saya xcukup duit untuk rawatan ank kucing ini...jd saya mohon jasa baik smua untk bantu kucng ini... doktor mengatakan bonjolan dimata ank kucing ini akn jatuh,dan mata ye tidak boleh diselamatkan lagi...jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi husna di n0 0125396531 atau 0134409853

Mula-mula tuh steady lagi duk baca komen-komen ahli DK yang lain. Alhamdulillah sangat ramai orang-orang yang sudi membantu beliau untuk operate mata kucing ni. Dan tak kurang yang mendoakan yang terbaik untuk si comel. Sampailah aku terbaca komen yang ni, terus air mata mengalir laju tak berhenti. T_____T


Part yang jatuh tuh yang paling tak menahan. Sebabnya dulu pernah salah satu ikan yang kitorang bela mata dia jadi tersembul macam ni. Sampai satu tahap, memang sebelah mata dia tuh jatuh tergolek kat dasar akuarium. Sebab tuh ikan, so tak rasa apa-apa. Siap gelak kot time tuh. Memang jahat gila. Tak tahu kenapa rasa menda tuh kelakar.

Tapi, bila jadi kat kucing, hati aku jadi sayu. Mungkin sebab dia adalah binatang yang paling dekat dengan kita. Yang boleh makan dan tidur sebantal. Haiwan kesayangan baginda saw pulak tu. sobsob.

Semoga pemiliknya; cik husna tabah. Dan semoga si comel ni cepat sembuh dan mata boleh pulih seperti sedia kala. Sebabnya ada salah satu komen tuh cakap kalau selalu cuci dengan air suam, yang macam kerang kat mata tuh boleh kering. Insyaallah dengan izin-Nya juga. Tapi, kalau dengan hidup boleh buat dia menderita ada baiknya kalau dia pergi kan?


Friday, December 28, 2012

Thursday, December 20, 2012

syukur


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Bergenang air mata bila tengok simulation ni boleh 'run'.

Hampir satu sem setengah buat menda ni.