Wednesday, July 13, 2011

Thursday, July 7, 2011

Merepek meraban.

Ahh, dah nak final. Lagi tiga hari tahu tak. TIGA hari. Tapi, aku buat macam lagi tiga minggu.

Bukannya perasaan nak study tu takde. Ada. Memang ada. Malah membuak-buak. Tapi, sayangnya terlalu banyak kekangan. Lebih-lagi mata yang sentiasa mencemburui otak. Baru guna otak lima minit, mata pun dah mula start mogok. Tak nak kalah dengan otak. Masih nak bermanja-manja mintak didodoikan.

Arghhh.

Jadi, macam biasa konsep "take five" dipraktikkan. Bukak laptop kejap. Kejapppp jer. Nak dapatkan ilham kononnya. Heh.

Bukak FB. Jadi stalker.

"Wow, hot story. Bila dorang kapel?."
" Eh, siap pergi holiday lagi tuu. Tengok gambar jap." Terus right klilk.
"Patutlah cantik, model rupanya." Right klik lagi.

Klik situ.

Klik sini.

Klik sinun.

Tengok jam kat laptop dah 1.3o am. Arghhh. Tak study lagi malam ni. Marah dengan diri sendiri. Terus naik katil dengan harapan esok akan bangun bersama dengan semangat yang baru.

Bukan janji pastinya! Adoii.

Sunday, June 26, 2011

this is best bro!



Nora Elena ialah sebuah kisah seorang wanita yang telah diperkosa semasa dia berusia 15 tahun. Kehidupannya selepas itu telah menyebabkan dia sangat sukar untuk menerima cinta seorang lelaki sehinggalah bla, bla, bla dan bla. Uhh. Tak guna cerita bagai sinopsis drama ni sebab boleh dikatakan semua orang dah tengok. Aku seorang jer yang tak tengok lagi. Memang cerita ni dah jadi satu fenomena macam drama Nur Kasih dulu. Asal buka facebook jer mesti ada jer orang buat status pasal drama ni.

 

Komen macam ni pun ada. Haha.

 

Macam-macam komen. Dan dengan tidak semena-mena juga aku ada friends yang surname Seth . Kuat betul penangan Seth Tan ni. Haha. Memang tuu menjadi antara faktor pendorong yang menyebabkan aku nak sangat tengok drama ni walaupun dah lambat sikit. Tapi bila da start tengok, mulalah jadi tak tentu hala dan mengalami kekacauan emosi secara mendadak. Haha. Macam hape jer. Dalam masa dua hari pun dah boleh habis 24 episod. Sigh. Thumbs up untuk drama ni. :D