Friday, March 11, 2011

u can stand under may umbrella..ella ella..xD

Hahahahahahahahaha..~
hahahahahahahahahahahaa...~!

Aku sendiri pun tak tahu apa jadahnya aku gelak gitu gaya. Maybe sebab terover eksaited sebab dapat mengupdate blog yang memang telah lama aku abaikan disebabkan oleh kebizian yang melampau sejak akhir-akhir ni. Sumpah, tak tipu! (sambil buat muka serius giler).

Eh, eh sekarang memang musim hujan kan?. Bila hujan, ada part yang best dan ada yang tak best. Yang bestnya dapat merasai tidur berselimut dengan enak dan jayanya sampai terlajak ke subuh dinosour. Manakala part yang tak bestnya, aku TAKDE payung! Bapak sedih.

Disaat melihat orang lain balik kelas sambil menikmati titisan-titisan air hujan jatuh menimpa payung masing-masing, aku ngan As pulak lari-lari dari bangunan ke bangunan sebab nak berteduh. Pernah juga kitorang tersangkut kat kompleks sukan sebab hujan lebat giler. Last2 nanti ada budak offer share payung dengan dorang dan balik sama-sama. Segan kot! T___T

Kesimpulannya, korang jangan beli payung disebabkan oleh payung tu cantik dan senang nak bawak pergi mana-mana. Payung aku macam tu lah! Tak mantap langsung. Harap jer mahal tapi, hampeh. Kalau ada angin sikit mesti bergegar macam nak tercabut dan pastu confirm2 akan naik ke atas macam teratai. Korang pun tahu kan maksud aku macam mane. Banyak kali dah kot dia buat onar macam ni sampai aku dah malas nak bawak. Dah lah tak berbakti kepada tuan pastu, conteng arang di muka beta pulak! Hahaha.

adoila. sian kat kitorang kan. Sob sob.

p/s: excited sangat sampai
silap taip tajuk entry 'my' jadi 'may'.
Malas nak tukar. Haha.

updated: saya dah ada payung baru yang besar. Korang ada?. Haha.

Tuesday, March 1, 2011

the bird and the worm


the bird and the worm
by: owl city


loves this song..
very cute meh! xD

Sunday, February 27, 2011

dia takde perasaan ke hape!

Semalam sesi berfoya-foya. Memang syok habis. Masing-masing mengenjoykan diri selepas 2 minggu berhempas pulas menstudykan diri untuk test. Tapi, frust gila sebab soalannya, perghh. Memang first class punya soalan. Tak mainlah yang cikai-cikai. Adoilaa.

Lepas shopping2 dan makan-makan, kitorang pergi Teluk Chempedak. Biasalah laa kan kalau kat TC, memang macam-macam ragam orang yang akan korang nampak. Kat tengah-tengah dataran tuu nanti ada group yang bercapoeira. Seronok jer. Ala-ala Mexico giteeww. Dulu-dulu aku pernah bercita-cita nak join group ni masa mula-mula tarian ni sampai kat Malaysia. Best kot! Haha.

Lepas lepak-lepak kat pantai, masa nak balik tu, tiba-tiba nampak satu patung ni. Sekali tengok memang sebijik sejiban macam patung. Kitorang siap gaduh-gaduh lagi depan dia sebab nak surekan samada dia tu patung ke manusia. Tiba-tiba nampak jari dia macam gerak sikit-sikit. Eh, manusialah! Gila la mamat ni. Macam mane dia boleh berdiri tegak macam tu entah dari pukul bape kot! Dia takde perasaan ke hape. Pastu nanti adalah 2, 3 orang budak pergi tangkap gambar dengan dia lepas isi duit dalam beg yang dia sangkut kat leher. Tiba-tiba dia buat 'peace'. Terkekek-kekek aku ketawa. Haha.

Bila dah balik hostel, aku terfikir, apa dia akan buat kalau tiba-tiba perut dia membuat onar mahu cirit?. Adakah dia akan terus berlari lintang pukang ke toilet atau dia biarkan jer terkicit kat dalam seluar sebab diakan statue. Hurm.


p/s: tetiba rasa macam seram pulak bila tengok dia.
p/s/s: mr statue, i tak letak duit pun masa i amik gambar u ni.
Halallah yer! ^^v

Saturday, February 19, 2011

Manifestasi Cinta..

"Sekiranya anda mempercayai saya sebagai pemimpin anda dan boleh memimpin anda ke arah yang lebih baik, undilah saya. Saya berjanji akan cuba sedaya upaya saya untuk menerajui universiti ini ke arah salah sebuah institusi yang serba canggih lantas menjadikannya tersohor di mata dunia mahupun galaksi serta cakerawala dan bukannya untuk mendapatkan pangkat semata-mata!"

Oke, itu tipu! keh keh keh. Bapak hiperbola! Mesti sekarang ni pun kebanyakkan universiti dalam proses rombakkan semula Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kan?. Ke kat u korang panggil ape?. Tak kisahlah asal kita merujuk kepada perkara yang sama. Kan kan. Haha.

Sumpah, kalau tidak kerana test2 yang datang menganggu waktu weekend aku, dah tentu2 aku antara orang yang akan turut terjerit-jerit ketika mendengar manifesto calon-calon yang bertanding. Yelah, mestilah nak kenal jugak antara calon-calon yang bertanding samada jenis yang muka-cakap-jer-lebih-tapi-kerja-tak-buat atau jenis muka-cakap-dan-amanah-mesti-laksanakan-sebab-dah-berjanji. Ohh, really adores this type of leader!

Ahh, ko! tau bergambar jer..

Macam mana pun, aku memang respek habis lah kepada semua calon yang begitu bersungguh-sungguh dalam merebut kerusi kerana korang memang sangat2 berani pada aku. Nak suruh aku naik atas stage dan bagi ucapan macam korang, sampai bila2 pun tak kot! Buat presentation depan kelas pun dah neves bagai ni kan pulak nak melaung-laung promote diri. SYABAS BETE!

perang poster..nampak tak nampak tak??

Jadi, jangan lupa jalankan tanggungjawab anda sebagai pengundi. Pengundi-pengundi tidak perlu berumur 21 tahun dan ke atas untuk melakukan proses buang undi tetapi cukuplah jika anda bergelar mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Pahang yang ambil peduli dan cakna ke arah perubahan yang lebih baik=)

p/s: classmate aku masa kat sekolah dulu ambil calon. I am really proud of you dear!

p/s/s: ney first time aku edit gambar pakai picasa. Saja nak kasi tahu. Haha.