Friday, March 8, 2013

walimatul urus

Hari ini Ema merangkap kawan baik masa sekolah rendah dulu, kahwin.. Seronok tak terkata. Tak sangka kawan yang dahulunya kayuh basikal sama-sama, main buaya-buaya atas gelung, main rounders, bergaduh-tak-sampai-10-minit-lepas-tuh-dah-boleh-main-kejar-kejar-balik, bakal jadi bini orang =')

Dulu-dulu, kitorang kalau  merajuk mesti tak lama. Paling lama pun dalam 10 minit lepas tuu dah baik balik. Sebabnya darjah 6 masa tuh ada 3 orang jer muridnya. Dah kalau aku gaduh lama-lama dengan dia, aku nak rehat dengan siapa meh. =D 

Yang lagi sorang tuh lelaki. Dulu pernah cinta-cinta meow dengan dia. Ema yang jadi orang tengah. Ngok-ngek sungguh. Kadang-kadang dia tegur kat facebook. Kalau time dia ungkit kisah zaman hingusan, zaman comot-comot rasa nak log out time-time tuh jugak. Haha. Tapi, alhamdulillah lama-lama tuh dah boleh kawan macam biasa dan kisah-kisah tu makin lama makin hilang. Baguslah. 

By the way, tahniah buat Ema dan pasangan. Sorry kite tak dapat datang. Apa-apa pun kite doakan semoga  cinta kalian berdua kekal sampai ke syurga. Amin. Selamat Pengantin Baru and Happy Birthday to you; my dearest friend. =)

4 comments:

Nur Yana said...

Main buaya2 atas gelung tuh macam mana?? Tak penah dengar pun..

"Tapi, alhamdulillah lama-lama tuh dah boleh kawan macam biasa dan kisah-kisah tu makin lama makin hilang. Baguslah. "

Bagus kenapa? Haha. tp ok jugak. Pemberian rasa pada Mr M pada purity tertinggi sekurangnya, tanpa side product lain. haha.

pingu_kecik said...

ceit! HAHA.

seharusnya pemberian rasa itu haruslah di beri kepada yang memberi rasa; melebihi daripada segala-galanya kerana si penerima rasa juga menerima rasa daripada si pemberi rasa yang sama. Kan?

btw, product without side product is almost impossible. keh3

Hashimanor said...

wah ayat ct ngn as bkn main lagi....
btw kite tengk tajuk kite ingt cik ct yg nk kawen, excited kite bukak nk bace post... :)

pingu_kecik said...

haha. shima2. kite kan nak jadi pengapit awak. mana boleh kite kawin dulu daripada awak. haha =P