Friday, February 22, 2013

Trilogi Pahlawan Sunan

Buat pertama kalinya dalam hidup aku beli novel. Selama ni pinjam jer kat orang sebabnya harga sebuah novel bukannya murah. Nak-nak lagi aku bukan pembaca tegar novel. Jadi, aktiviti meminjam novel dengan kawan-kawan yang comel yang lagi baik hati sudah memadai. Kadang-kadang pinjam library. Tapi, selalunya mesti tak habis baca. Kekangan masa kononnya. Cehh.

Disebabkan dapat baucer buku, hari ni aku pi borong novel Ramlee Awang Murshid. Sebabnya kan hari tuu ada terbaca artikel kat facebook yang cerita pasal bangsa Polip. Bangsa yang diciptakan Allah sebagai khalifah muka bumi sebelum manusia yakni Nabi Adam dan telah dimusnahkan akibat maksiat yang mereka lakukan. Wallahualam. 

Terbaca satu komen ni tulis Ramlee Awang Murshid pernah cerita pasal bangsa ni dalam salah satu novel dia. Maka, google punya google keluarlah keyword pahlawan Sunan. Seorang watak sewaktu abad ke 15. Seorang laksamana yang sangat merendah diri dan kecintaan yang tiada tolok bandingnya kepada Sang Pencipta.

Kalau nak tahu keseluruhan cerita pasal Pahlawan Sunan kena beli trilogi novel nie. Lepas baca pendapat orang, rupanya sangat ramai yang berpuas hati dengan trilogy novel Pahlawan Sunan nie. Sampaikan ada yang ingat cerita ni memang ada dalam sejarah. Hebat woo.


Hamek kau. Sampai 4 novel Ramlee Awang Murshid aku borong. Kisah Pahlawan Sunan ni start dari 'Bagaikan Puteri', 'Cinta Sang Ratu', 'Hijab Sang Pencipta', 'Cinta Sufi', 'Sutera Bidadari' dan last sekali 'Sunan Musafir'. Tapi, cinta sufi dengan sunan musafir takde pulak kat kedai auntie tadi. So, borong jer ape yang ada. Nanti cari lain. Kalau nak faham cerita mestilah kena baca dari awal yer dok.

Gigih betul. Heh.