Monday, October 15, 2012

telepati untuk abah.

Abah.

Orang rindu abah.
Rindu.
Betul-betul rindu.


Uhuk. Uhuk.


Selalunya kalau sakit, abah yang paling risau.
Abah, orang batuk-batuk.
Tak tahu kenapa.
Dah seminggu tak baik-baik.
Makan ubat pun tak jadi apa.


Uhuk. Uhuk.


Malam-malam tersedar tak boleh tidur.
Kadang-kadang orang menangis sebab batuk tak henti.
Rasa sangat tak selesa.
Yer, orang memang cengeng.


Agaknya nak kena abah yang suapkan ubat ni baru nak baik kot.
Macam yang abah selalu buat.

:'(


Sunday, October 14, 2012

Friday, October 5, 2012

Dr Zakir Naik

Alhamdulillah semalam dapat pergi satu lagi majlis ilmu orang hebat. Siapa lagi kalau bukan Dr Zakir Naik. Beliau merupakan salah seorang daripada 500 most influential muslims in world. Memang sangat hebat orangnya lagi petah berkata-kata malah kacak bergaya.


Semalam, tajuk yang beliau bahaskan ialah 'The Quran & Modern Science'. Mula-mula talk, beliau start dengan perbandingan teori bigbang. Pastu, beliau masuk ke aspek state of matter, wave, genetic, embryo, life after death, dan macam-macam lagilah. Beliau menegaskan bahawa teori yang dikeluarkan oleh saintis sebenarnya telah tertulis di dalam Al-Quran sejak beribu-ribu tahun dahulu lagi. 

Paling hebat apabila Dr Zakir boleh sebut satu-satu bukti dalam Al-Quran surah mana, ayat mana yang ceritakan pasal kejadian tersebut. Beliau bukan sahaja hafal satu-satu ayat dalam Al-Quran, malah kitab hindu, bible pun beliau hafal. Hebat.

Paling best masa sesi question and answer. Keutamaan diberikan kepada non-muslim. Macam-macam soalan yang diberikan kepada Dr Zakir. Beliau dengan sabar beri penerangan dengan panjang lebarnya dengan siap sebut bukti-bukti; surah mana, ayat mana, banyak sangat sampai taknye nyempat keh nok menyalin. Huhu.

'the best to understand religion is don't look to the followers 
but understand the scripture of the religion itself' 
-Dr Zakir Naik-


Wednesday, October 3, 2012

Sayang seribu kali sayang

Barangkali aku terlupa menitipkan sedikit pesanan ringkas ini pada kau supaya nanti-nanti antara kita atau lebih tepatnya aku, tidak terluka dek permainan yang sedang kita atau lebih tepatnya kau, hayunkan.

Jangan dekati hati aku kalau hati kau sudah pun ditawan oleh orang lain.



Tapi sayang seribu kali sayang, aku kelewatan segala dan 
hati aku sudahpun bernanah terluka.

#copy paste from here