Tuesday, March 13, 2012

praktikal oii

Diam tak diam, dalam masa beberapa bulan sahaja lagi, aku akan menjalani latihan industri. Dah nak praktikal oii. Dan alhamdulillah ada juga beberapa industri yang respon kepada permohonan aku untuk apply praktikal di tempat mereka.

 Terima kasih sangat-sangat kepada mana-mana industri yang mengreply emailku walaupun dengan dukacitanya di reject. Takpelah. Sekurang-kurangnya aku tidak digantung tak bertali ye dak.

Buat masa ni dah dapat offer satu company. Kilang Gula Felda Perlis. Jauh woo. Itupun lepas menumpang kasih kawan baik aku sendiri. Mujurlah pakcik Ali tolong jugak dapatkan tempat untuk kawan anak dia ni. Terharu.

Tapi kalau boleh, nak jugak berbakti dekat tanah negeri sendiri kan. Tak nak pergi jauh-jauh. Tambah-tambah  lagi praktikal masa bulan puasa. Lagi lah taknak. Tahun ni mesti aim untuk bukak puasa dengan nasi kerabu plus daging bakar jugak! Mesti.

Hari ni pulak call Air Kelantan Sdn. Bhd. Alhamdulillah, En HR cakap ada terima permohonan aku. 

'Oh, Faiznur ea. saya sebenarnya tak buat shortlist name lagi. Awak kena tunggu dulu lah ea'. katanya lembut tanpa memberi  harapan. 

'Okey. Tapi, encik pertimbangkanlah permohonan saya ea. Hehe. Terima kasih'. Suara kena habis lembut supaya dia rasa betapa sopannya budak ni dan menyesal kalau tak ambil budak ni praktikal kat situ.

Di hujung talian hanya dengar kekekan gelak tawanya. Desperate gamaknya budak ni, seraya dalam hati dia berkata.

Mungkin.



6 comments:

Rafiqa said...

cty,tk tnyo ko dio bilo nk kluarkn list tu...??heeee

zAhIdA ALi said...

kau salu nk bhijrah ke klate time2 ak xde kan??? ^^

pingu_kecik said...

ika: yup..tnyo doh..bulan 4 nnti baru die kuarkan list..lmbt giler..huhuu..

bdk kecil:heyy bdk kecikkkk! finally dah ade blog jugak! selalu2lah blogging yer..tamo private2..haha..

nnti ko pn praktikal lah kt kelantan..nnti bolehlah kite dating2..:D

zAhIdA ALi said...

eh cik pingu..awak knal saye ke???hahaa
da kompem2 x praktikal kat klate..
nk wat cemane kan.. ^^

pingu_kecik said...

owh..mestilah tahu! saya da godek godek blog awak..haha..

kalau praktikal kat jabatan kimia taley ea?..^^

btw, ko praktikal bile?..

zAhIdA ALi said...

haiz..kantoi..
b4 diz asik private jek kan..haha

emm....lmbt ag lahh awak...
buln 9 t..
1sem je d sane..
kami ni praktikal + claz ngan polis..
so sume wajib kat sane..
no choices.. :)