Tuesday, March 20, 2012

As busy as a bee. Buzzzzz..~!

Masa ke Cameron Highland dulu, kitorang sempat singgah kat Bee Farm. Masa on the way balik. Memang sangat teruja bila tengok sekumpulan lebah yang genit lagi comel terbang masuk dalam sarang. Tengok sarang lebah dalam jarak 10cm dari anak mata adalah satu pengalaman yang payah nak dapat. Walaupun melalui cermin. Unik dan sedikit geli pun ada bila tengok  hexagon yang banyak giler tuh. Geli tuu, mungkin sebab masih lagi masih terpengaruh dengan gambar b***** yang ada ulat tuh! Grrrrrrr.

Yang paling aku segan ialah apabila keterujaan itu aku luahkan dengan lopongkan mulut dan duduk sebut 'wah' 'wah' empatpuluhlapan kali tanpa henti. Tapi, tourist arab sebelah kitorang 'SUBHANALLAH' 'SUBHANALLAH'. Tiba-tiba rasa marah dan malu dengan diri sendiri.

Dikesempatan itu, sempat lagi cekau duit 25 ringgit beli sebotol. Yang menariknya, dalam botol madu tuh ada siap dengan sarang-sarangnya sekali. Boleh makan tau sebab sarang lebah pun ada khasiatnya jugak. Nak nak lagi kalau lelah. Insyaallah boleh baik. Tourist guide kami yang cakap; merangkap abang As. Hehe.


Yang pasti madu ni memang manis kan?. Semalam try minum satu sudu setengah campur air satu mug. Rasanya memang mantap. Manis sangat sangattt. Rasa sengal gigi. Mungkin sebab lebah cameron highland hisap madu strawberi kot. Ditambah pula dengan madu dari pokok bunga ros yang cantik serta menawan tuu. Sebab tu lah rasa die awesome. Buat teori sendiri. Haha. 

Yang pasti mesti paksa diri habiskan madu ni supaya muka cantik manis berseri disukai ramai. Ehem! Dan mendapat kesihatan yang baik juga. Insyaallah. ^^v

#nak tahu madu pure ke tak, titiskan madu ke lantai.
 Kalau semut datang maknenya tak pure la tuu.

#kaitan tajuk dengan entry tak berapa kena sangat sebenarnya. 
Aku sekarang ni haa yang tengah as busy as a bee. Serabai banyak giler keje. Huh!


1 comment:

c'axoera ヅ said...

Madu actually memang elok kalau batuk tak henti2.....

by the way follow you here :) follow back okess xoxo