Sunday, May 29, 2011

sumpah rindu!

Even aku orang kelantan, tapi, aku pun tak tahu kenapa aku lebih prefer kepada makanan orang-orang pahang macam sambal hitam, gulai masam, ikan patin masak tempoyak, nasi kebuli dan macam-macam lagi. Tapi, macam mana pun still tak leh lawan nasi kerabu kelantan. Haha.

Mungkin sebab dulu-dulu masa kat asrama kawan-kawan aku selalu sangat bawak bekalan dari rumah. Tapi, ciri-ciri kekelantanan aku tak hilang jugak. Setiap kali makan gulai masam atau sambal hitam, mesti aku jer yang duk soksek soksek. Gelak-gelak dorang tengok aku. Even pedas macam mana pun, aku tetap makan sampai habis. Mungkin sebab lidah aku memang dah boleh terima masakan orang-orang pahang.

Sekarang bila dah habis sekolah, terus aku tak jumpa makanan-makanan tuu semua. Sumpah rindu zaman tuu. Kalau kat rumah, bila mak aku masak gulai patin masak tempoyak mesti aku akan makan dengan bersemangat. Dan segala jenis sambal tuu memang aku tak pernah merasa lagi since habis sekolah even sekarang ni aku study kat pahang. Sigh.

kecur beb!

p/s: Arghh, kempunan sudah! sob sob..

2 comments:

faeizx said...

xprnah pn ak dgr smbal hitam ct.....?hahaha

Putera Eddie Darwisy said...

kalau nak aku boleh tolong masakkan... hahaha