Friday, March 18, 2011

Jalan-jalan

Semalam pergi UTP untuk menyokong kawan-kawan yang masuk Chem-E-Car Competiton. Sangat seronok dan letih.


Seronok sebab dapat pergi melawat dan berjalan-jalan ke tempat orang dan sangat penat sebab kami bertolak dari Kuantan pukul 5 pagi dan sampai UTP pukul 12 tengahari. Lepas tuu, pukul 6 petang dah bertolak semula ke Kuantan dan sampai lebih kurang jam 1.30 pagi. Masa banyak habis kat dalam bas jer. Sangat letih sebab pukul 8 pagi tadi aku ada lab. Sumpah aku sangat blur masa kat kelas! Kepala pun pusing-pusing lagi. Grrr!

Papepun berbaloi sebab UMP menang tempat pertama untuk kategori poster presentation. Manakala untuk kategori design kereta, rezeki tak menyebelahi kami. Tapi, kire okey jugak lah sebab dapat pergi sampai 2nd round. Kebanyakkan universiti lain first round pun dah disqualified. Susah kot nak design dan gerakkan kereta dan mesti fixed dengan jarak yang ditetapkan oleh penganjur. Papepun, tahniah kepada UKM sebagai johan. Dapat USD 1000. Best woo.

Kredit to Hadi sebab sudi jadi kameraman kami. Tensyen kot dia asyik-asyik tangkap gambar aku ngan As jer. Nasib ko lah Hadi, kitorang memang giler gambar. Haha.

Ika pun sama. Best jalan-jalan ngan korang. Even assignment tak siap lagi, steady kite boleh siap boleh pergi jalan-jalan bagai. Haha. Thumbsup!

Thanks to Faiz jugak sebab sudi menyerabutkan kamera beliau dengan gambar kitorang. Next time kalau pergi mana-mana jangan serik nak bawak kamera lagi! Peace..^^v

Oke, pen's off..

p/s: kat sana jugak jumpe kucing telinga arnab yang aktif. Kesian dia maen sorang-sorang kat pokok. Bila nampak kitorang duduk sana, terus main-main kat belakang aku. Nampak sangat kami ada chemistry sebenarnye. Hehe.

5 comments:

aku!! said...

bestnye g jln2 utp..
kucing bertelinga arnab??
cam ne tu ct,xke pelik namenye...

pingu_kecik said...

shima: kuceng tuu kecik jer, tp telinga die panjang sikit.macam cacat pon ade.huhu.

Bak kata hadi, kucing tuu terkena radiation. haha.

aku!! said...

hahahha kucing terkena radiation,emmmmm........

Rafiqa said...

heheh...cty,tme jale2 kte kena jale sunggguh2..biar esemen berlmbak2 pon..hhahah...tp ap pn..best2...

pingu_kecik said...

ika: haha..betul tu ika! mesti bergumbira dengan jayanye bile di beri peluang! haha..