Korang pernah tak makan telur Pindang?. Ke tak pernah dengar langsung?. Kalau tak pernah dengar, memang satu geng dengan aku. Sep siket sep siket. Haha.
Rumate aku yang bawakkan dari Johor. Telur pindang ni memang makanan orang Johor. Siapa orang Johor yang tak tahu telur Pindang ni boleh boo sama mereka. Boo booo. Haha.
Patutlah aku tak pernah dengar. Aku boleh siap tanya tuu telur binatang ape. Yelah, macam telur puyuh, datangnya dari burung puyuh ni pindang. Ntah binatang apa lah tu. Last-last dari aku duk musykil sorang2 terus tanya rumate aku. Sambil gelak-gelak dia cakap telur ayamlah. Wakaka!
Disebabkan aku teruja dengan telur ni, terus aku snap picture. Cuba korang tengok, unikkan warna dia.
siap tergolek-golek atas katil. Haha.
isi pun warna coklat.
tuu tangan model. sekian.
Rasa telur ni pun macam, macam, macam, urmmm. Tak tahulah nak cakap macam mana. Mungkin ni first time aku makan tu yang rasa lain macam sikit. Kalau korang dah biasa makan sedap jer sebenarnya. Telur ni direbus dengan air herba. Tuu yang sampai kulit telur dan dengan isi-isi dia sekali jadi warna coklat dan boleh tahan sampai 2 minggu kot.
Sekian, itu sahaja perkongsian kita pada hari ini. (Ending ntah ape-ape. Gasaklah! Haha.)
p/s: Rumate aku beli 80 sen sebijik.
Saja nak kasi tahu. Hehe.
9 comments:
hehe.. tak pernah tgk pun..
post yg berinfo ! :)
i knew this thngs.. tp xbrp suka.. lalala..
pelik ! tp nmpk mcm best,boley rase sket ? heee ~
dok matrix johor 2 taon tp xpena mkan..hahaa..!! tp pena dga larr...dyowg kater sedap..
sukehatiaku: yay, ada geng! give me five bebeh..xD
as: da penah mkn ke?. tp, rase die mcm pelik siket kot. maybe bcz of the herbs..
fly_away: kite bukan org johor mstilah kate telur ni pelik.ney mknn turun-temurun dorang..=)
sue: boo booo..bapak jahat!
kah kah kah..
penah dgr,penah tgk sbb orang bagi
tapi tak makan :)
Salam, siti..Kak lagi tak pernah. Rebus dengan herba untuk kesihatan mungkin..klu ada chance, kak rasa nak cuba makan juga....:)
shima: owang ni pun rumate kasi. maybe ni first and last kot.hehe.
myfrin's story: betul la kot sis kan?.biasalah orang dulu2. lagi pun herba tuu nak kasi telur tuu tahan lama pun sama=]
pernah rasa... tp erm xbape suka.. sbb rasa herba gitu..
Post a Comment